Translate

16 September 2020

COVID-19: Pelakon Indonesia Ade Firman Hakim meninggal dunia (1 Video)


Aktor Ade Firman Hakim Meninggal Dunia 


COVID-19: Pelakon Indonesia Ade Firman Hakim meninggal dunia
Astro Awani
16 September 2020

AKTOR popular Indonesia, Ade Firman Hakim yang terkenal dengan filem Guru Bangsa: 

Tjokroaminoto dan Soekarno: Indonesia Merdeka meninggal dunia akibat COVID-19 pada Isnin.

Portal berita Indonesia, Liputan6 melaporkan pelakon tersebut meninggal dunia pada jam 5.20 petang di Jakarta dan kematiannya diumumkan adiknya, Dai Tirta.

Ade Firman meninggal dunia pada usia 32 tahun.

“Abang saya jatuh sakit minggu lepas dan keadaannya semakin teruk selepas itu. Saya bawanya ke Hospital Besar Tarakan untuk mendapatkan rawatan.

“Dia masih menghubungi rakan-rakannya melalui telefon meskipun saya melarangnya,” kata Dai Tarta yang turut berkata doktor mengesahkan abangnya itu dijangkiti COVID-19.

Jenazah Ade Firman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tegal Alur pada Isnin malam dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak penularan virus tersebut.

Dai Tirta juga sudah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan kini sedang menunggu keputusan.
Lahir pada 20 Oktober 1988 di Jakarta, Ade Firman terkenal selepas memainkan watak menteri kabinet Indonesia, Chaerul Saleh dalam filem Soekarno: Indonesia Merdeka.

Sementara itu, Liputan6 pada Rabu melaporkan beberapa rakan artisnya menafikan Ade Firman meninggal dunia akibat COVID-19.

Sahabat baiknya, Arya Ibrahim dalam laman Instagramnya menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian sekiranya tidak tahu cerita sebenar.

Aktres dan juga pelawak, Kiky Saputri turut menafikan berita tersebut dan menjelaskan Ade Firman bukan meninggal dunia akibat virus tersebut.

“Untuk rakan-rakan media, dimohon untuk tidak membuat berita mengatakan Ade meninggal dunia kerana COVID-19. Kerana itu tidak benar!” tulisnya.


Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED