Teruji cekal hingga hujung usia, Selamat tinggal cikgu Fariz Musa

PENGASAS dan Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa meninggal dunia selepas bertarung dengan komplikasi Covid-19 dan beberapa penyakit lain awal pagi hari ini.

Fariz, 51, juga merupakan bekas pemimpin Jawatankuasa pusat Parti KEADILAN Rakyat sebelumnya pada kelmarin dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritika dan kemudian terpaksa ditidurkan.

Difahamkan, isterinya, Nor Hayati Husain, juga telah diuji positif Covid-19 dan masih dalam kuarantin.

Beberapa pemimpin tertinggi parti KEADILAN turut berkongsikan rasa kehilangan dengan pemergian itu termasuk dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sayu tatkala menerima berita pemergian saidara Fariz Musa pagi tadi.

"saudara Fariz adalah pemimpin rakyat yang teruji, setia dan cekal dengan perjuangan rakyat bawahan.

"Ia ternyata satu kehilangan besar buat keluarga KEADILAN seluruhnya," kata Anwar yang turut mendoakan kesejahteraan untuk Allahyarham dan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan.

Sebagai rekod, Fariz merupakan bekas guru sekolah dan dikenali sebagai antara penyokong awal gerakan Reformasi,

Berkelulusan ijazah Pendidikan (Bimbingan & Kauseling) dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan Guru Berpotensi (1997) daerah Marang, Terengganu dan pada tahun 2005
 
Memutuskan untuk terlibat secara aktif dalam politik,  Allahyarham diberi kepercayaan menjawat beberapa posisi penting dalam parti antaranya sebagai ketua AMK Terengganu dan timbalan Ketua AMK pusat.

Selepas itu diberi kepercayaan sebagai Ketua Setiausaha Pengelola dan Ahli Biro Politik Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Beliau sering dicalonkan dikubu kuat BN. Antaranya, menentang bekas Ahli Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek pada 2008, dan berdepan dengan perdana menteri ketika itu Najib Razak di Pekan, pada 2013.

Selain aktif dalam politik kepartian, Fariz bergerak melalui Jingga 13, NGO yang aktif mendedahkan bukti-bukti penyelewengan dana ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) dan pemborosan keluarga bekas pemimpin negara.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Pandang, Rafizi Ramli di laman mikro twitternya turut menitipkan kenangan bersama Fariz dengan berkata Fariz adalah wira yang tidak didendangkan dalam perjuangan politik KEADILAN.

"Perjuangan dibina atas pengorbanan dan air mata insan yang tidak didendang seperti Fariz Musa. Beliau keluar masuk lokap sebelum masa saya.

Dianggap kehilangan besar untuk KEADILAN
"Dalam segala kesusahan dan dugaan, semangat untuk menyumbang dan berjuang tidak pernah luntur.

"Namun beliau tidak perah merasa hasil duniawi pengorbanan itu," tulis Rafizi.

Difahamkan jenazah Allahyarham Fariz Musa selamat bersemadi di tanah perkuburan Islam Kg Darat Pak Chan, Marang, Terengganu pagi tadi

Post a Comment

0 Comments