Wednesday, October 31, 2018

IKLAN : DANA PENYELIDIKAN NAPREC RMKe-11 2019

PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN (NATIONAL REAL ESTATE RESEARCH COORDINATOR, NAPREC), DI BAWAH RMKe-11

Institut Penilaian Negara (INSPEN) mempelawa para penyelidik dari seluruh negara untuk mengemukakan Cadangan Penyelidikan dalam bidang Harta Tanah bagi mendapatkan dana National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Dana tersebut adalah di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Permohonan juga adalah terbuka untuk penyelidikan berskala kecil iaitu dalam lingkungan RM50,000 dan tempoh masa untuk menyiapkan projek penyelidikan adalah satu tahun. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang memberi impak kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Keterangan lanjut, sila hubungi:

Sr Siti Rosemawar Mohd Sahi (03-8911 8709) 1naprec@gmail.com atau Puan Nazatul Najahah Binti Md Sharif (03-8911 8629) nazatul@inspen.gov.my

No comments:

Post a Comment