Mat Zan Mat Aris Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan

Bekas ketua jurulatih Melaka United dan PJ Rangers, Mohd Zan Mat Aris bakal membimbing skuad Negeri Sembilan bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Pengumuman mengenai perlantikan beliau itu dibuat dalam satu Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih Negeri Sembilan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) semalam di Wisma PBNS.

Presiden PBNS, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, berkata jurulatih berpengalaman itu akan dibantu oleh Mohamad Zaki yang pernah mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia sebelum ini.

“Saya berharap Mohd Zan dengan bantuan penolong jurulatih berpengalaman, Mohamad Zaki Sheikh Ahmad dapat mengendalikan pasukan ini dengan baik, selain memberi peluang kepada anak muda tempatan menyertai pasukan ini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih oleh PBNS. FOTO: PBNS FA

Sementara itu, Mohd Zan yang pernah membawa Melaka United menjuarai Liga Premier pada tahun 2016 berazam untuk membentuk satu pasukan yang mantap musim depan.

“Saya ada menerima panggilan telefon daripada beberapa pemain yang menawarkan diri untuk menyertai pasukan ini, namun akan melihat dahulu prestasi mereka sebelum memberi kata putus.

“Apa yang saya perlukan dalam pasukan ini adalah pemain yang berkualiti serta bersemangat dan ini sebenarnya menjadi antara cabaran untuk saya,” katanya.

Skuad Negeri Sembilan musim depan bakal berwajah baharu

Mengulas mengenai barisan pemain musim depan, Mohd Zan yang berasal dari Rembau berkata, ketika ini terdapat seramai 12 pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan berkenaan.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, keutamaan mereka kali ini adalah memberi peluang kepada pemain yang dilahirkan di Negeri Sembilan.

Skuad Negeri Sembilan musim ini.

“Keutamaan kita kali ini ialah memilih pemain dalam kalangan anak Negeri Sembilan sendiri. Kita yakin ramai pemain dalam kalangan anak tempatan yang mampu menggalas tugas tersebut.

“Kita harap anak tempatan akan sentiasa memberi komitmen untuk kembali meletakkan skuad Hobin Jang Hobin di landasan yang terbaik dan dihormati dalam persada bola sepak negara,” katanya.

Negeri Sembilan yang bersaing dalam Liga Super musim ini tersingkir ke Liga Perdana musim depan setelah menduduki senarai tercorot dengan mengumpul 15 mata daripada 22 perlawanan.

Selain Negeri Sembilan, lapan pasukan lain bersaing dalam Liga Perdana musim depan ialah Kelantan, Mifa, Johor Darul Ta’zim II, Polis Diraja Malaysia, Sabah, Sarawak, UiTM FC dan Pulau Pinang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN