Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno samseng, minta maaf pada pelajar - AMK
Diterbitkan:  Mar 22, 2019 6:41 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Pemuda PKR (AMK) menyelar insiden kekasaran penyokong Umno terhadap seorang pelajar di ibu negara awal petang tadi.

Menyifatkan langkah itu sebagai samseng, Pengarah Komunikasi AMK Wong Chun Yuan enuntut Najib meminta maaf kepada kumpulan itu.

“Sebagai seorang ahli politik, saya merasa malu dengan tindakan ini yang memberi teladan buruk tentang akhlak ahli politik. 

"Daripada “Malu Apa Bossku”, penyokong Umno harus merasa malu dengan apa yang berlaku hari ini.

“Walaupun Umno telah kalah dalam pilihan raya, Pakatan Harapan tetap memberi ruang dan kebebasan kepada parti ini untuk bebas bersuara, namun Umno tidak belajar daripada kesilapan dulu dan mengekalkan budaya menyekat kebebasan bersuara seperti dulu,” katanya.

Kekecohan meletus berdekatan sebuah restoran di depan Universiti Malaysia (UM), Kuala Lumpur.

Najib ketika itu sedang berucap di Restoran Amjal – yang terkenal sebagai tempat pertemuan dan kegiatan aktivis dan pemimpin pembangkang ketika pentadbiran BN.

Kekecohan berlaku selepas penyokong Najib tidak puas hati dengan tindakan kumpulan kecil pelajar yang mempamerkan gambar Najib dalam lakaran badut dan mempamerkan palkad bertulis “penipu” dan "mana RM2.6 bilion".

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kelihatan mengoyak lakaran itu. Seorang aktivis pelajar kelihatan dicekik dan ditarik oleh penyokong Najib.

Semalam, Malaysiakini melaporkan pengurusan Masjid Ar-Rahman, UM membuat laporan polis berhubung program melibatkan Najib yang dikatakan akan diadakan di masjid itu hari ini, atas alasan bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Lihat Komen
ADS