Wednesday, September 19, 2018

HEBAHAN: KURSUS PENGURUSAN MASA EFEKTIF

KURSUS PENGURUSAN MASA EFEKTIF

Sukacita dimaklumkan bahawa INSPEN akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN MASA EFEKTIF pada 24 hingga 26 September 2018.

Objektif kursus ini adalah untuk peserta dapat meningkatkan kefahaman kaedah pengurusan masa efektif
Kursus ini terbuka kepada Semua Kakitangan Gred 1 – 28 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga di jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun.

Sehubungan itu, pihak INSPEN amat mengalukan penyertaan warga JPPH dan agensi lain dalam program ini.

Bersama-sama ini dikemukakan brosur bagi program berkenaan untuk makluman dan rujukan YBrs./YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan.

Permohonan boleh dibuat melalui laman web INSPEN di www.inspen.gov.my selewat-lewatnya 20 September 2018.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini sila hubungi Pn. Nor Haida Mawardi (03-89118688 – DL) di Unit Pembangunan dan Kepakaran, INSPEN.

No comments:

Post a Comment