Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Ji: Khalid biadab guna Nabi 'halalkan' kelemahan PH
Diterbitkan:  Dec 16, 2018 5:07 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Penceramah Wan Ji Wan Hussin membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang membandingkan Pakatan Harapan (PH) dengan Nabi Muhammad dalam soal kegagalan menunaikan janji.

Beliau berkata Khalid bertindak biadab apabila cuba "menghalalkan" kelemahan PH dalam soal itu menggunakan nama Nabi Muhammad.

"Kegagalan kerajaan PH melaksanakan manifesto, tiba-tiba Khalid menggunakan alasan kononnya Nabi gagal tunaikan semua janji. (Ini tindakan) biadab terhadap Nabi," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau merujuk ucapan Khalid di Konvensyen Amanah 2018 hari ini yang berkata kerajaan bukan sengaja tidak melaksanakan janji manifesto, tetapi dikekang sumber kewangan yang tidak mencukupi.

"Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Udaibiyah, tidak dapat.

“Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa," katanya yang merupakan pengarah komunikasi Amanah.

Mengulas lanjut, Wan Ji mengingatkan Khalid agar tidak memanipulasikan agama, yang menurutnya menjadi amalan parti lama Khalid sendiri iaitu PAS.

"Kita berusaha untuk memastikan agama tidak dimanipulasi, maka sebab itu kita melawan PAS.

"Amanah tidak perlu mengambil DNA PAS untuk bawa ke dalam PH," katanya lagi.

 

Lihat Komen
ADS