23 January 2014

CICO HARAHAP 'BERTUNANG' DENGAN GADIS 'BUKAN ISLAM'



Mungkin ramai yang tahu bahawa Cico Harahap sudah bercerai dan kini menduda selama tiga tahun. Namun rasanya ramai juga yang tidak tahu bahawa terkini, Cico sudah dapat pengganti... malah mereka sudahpun bertunang!

Apa yang menarik, bukan hanya Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin, 35, sahaja yang mesra dengan tunangnya, malah anak Cico iaitu Rindu Nur Fitrah, 5, turut menyayanginya.

Cico ketika menyambut birthday tunangnya -
Klik gambar untuk size besar




"Sudah hampir setahun kami bertunang. Keluarga saya bertemu dengan keluarganya dan ia diadakan dalam majlis yang ringkas sahaja," jelasnya.

Meskipun Cico masih belum bersedia mendedahkan nama tunangnya, namun melalui penelitian di laman sosial, nama yang sering terpapar di situ ialah 'Fernnie Yong', seorang pekerja BMW Malaysia Marketing di Cyberjaya.

Anak Cico - Rindu Nur Fitrah


"My tunang tgh trainig kt tempat kerja baru 'BMW' HQ. now test driving an X5. All professionally done. Tk macam some place. Perempuan yg tk reti bawak basikal disuruh bawak motosikal oleh org2 yg konon bijak pandai. Last2 jatuh n cedera. Hmm... pegawai tinggi syarikat motorsikal mana tu agak nya kan cik 'Fernnie Yong sayang'," ujar Cico dipetik melalui laman sosialnya.

Malah lebih menyakinkan lagi, tunang Cico itu belum memeluk Islam tetapi masih lagi menganut agama asalnya.

"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia.

Tunang Cico tertidur kepenatan selepas sambutan Birthday


"Lagipun, dalam tempoh kami bertunang ini, saya mahu dia mengenali Islam. Saya tidak mahu dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan saya.

"Sebaliknya, saya mahu dia betul-betul bersedia dan kenal Islam. Bila dia menyatakan kesediaannya untuk memeluk Islam, baharu kami akan membina masjid," katanya.

Tambah Cico lagi, dia juga tidak meletakkan sebarang tarikh untuk pernikahan sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya seninya terlebih dahulu.

"Saya hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Saya pun tidak tahu adakah tunang yang sekarang ini merupakan jodoh sebenar saya kerana ia ketetapan yang hanya diketahui Allah.

"Tetapi buat masa ini, biarlah dia belajar dahulu. Saya pun tidak mahu memaksa dia berkahwin. Lagipun, masih banyak yang perlu dilakukan terutamanya dalam bidang seni," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Utusan.


Baca juga:



No comments: