Ini Kenyataan Terbaru Yang Dibuat Pagi Tadi, Sebelum Fazura Dan Fattah Amin Ke Mekah



Kini hangat diperkatakan tentang dakwaan bahawa pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah malam tadi.

Ramai yang tertanya-tanya apatah lagi setelah pasangan ini dilihat hanya mengambil pendekatan berdiam diri.

Akhirnya satu kenyataan yang ditunggu-tunggu telah dikeluarkan oleh pihak Fazura dan Fattah Amin tentang isu ini.

Kenyataan ini dibuat pagi tadi sebelum mereka berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Dari kenyataan itu, segalanya akan terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah nanti.

Menerusi satu kenyataan dari pihak pasangan ini,  Fattah Amin dan Fazura akan mengadakan sidang media pada 23 November ini namun tidak dinyatakan tujuan mereka berbuat demikian tidak diberitahu.

Dipercayai sidang media itu berhubung rapat dengan pelbagai spekulasi yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini.

Ini kenyataan terbaru yang dibuat pagi tadi:

"Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November.


"Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini,"

"Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.


"Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," 


Itulah kenyataan dari pihak Fazura dan juga Fattah Amin. Memang ramai tak sabar nak tahu apa status sebenar mereka berdua ini.

Pemergian pasangan ini ke kota suci itu bersama ahli keluarga masing-masing dan mereka sekeluarga telah berlepas ke Mekah pada pagi tadi.


Sumber: mStar


Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close