Zahirah MacWilson Dipilih Ganti Fathia Latiff

Zahirah MacWilson Dipilih Ganti Fathia Latiff



Sebelum ini, pelakon Fathia Latiff telah digugurkan dari sebuah drama berjudul La Luna.

Kini Pertanyaan siapakah pelakon utama bakal menggantikan Fathia Latiff terjawab.

Pelakon jelita Zahirah MacWilson akhirnya telah dipilih untuk melakonkan watak utama sebagai Luna.

Penerbit TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud telah mengesahkan perkara berkenaan dan berkata, pemilihan aktres itu adalah atas persetujuan pihak produksi dan disokong oleh stesen RTM.

Ini komennya:

"Ya, watak Luna yang sebelum ini dilakonkan oleh Fathia Latiff digantikan oleh Zahirah MacWilson.

"Kami berharap agar penggambaran drama ini akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan,"


Drama La Luna telah menjalani dua minggu penggambaran sebelum pelakon utama drama tersebut iaitu Fathia Latiff telah digugurkan kerana dikatakan berpunca daripada masalah disiplin.

Kesemua babak yang membabitkan Fathia perlu dirakamkan semula.

Drama La Luna turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close