Dah Tiada Tawaran Berlakon, Ini Pendedahan Fathia Latiff

Dah Tiada Tawaran Berlakon, Ini Pendedahan Fathia Latiff



Nama Fathia Latiff terpalit dengan beberapa kontroversi panas.

Pertamanya, video "Bigo live" telah tersebar dan memperlihatkan Fathia Latif menari bersama rakan-rakan wanitanya.

Kemudian kontroversi 'buat hal' di set penggambaran sehingga digugurkan dari sebuah drama. Kata pihak produksi Fathia Latiff tidak berdisplin.

Seterusnya isu tudung tapi nampak rambut dari Fathia Latiff yang mencetuskan rasa marah dikalangan follower yang mahu dia menutup aurat dengan sempurna.

Apabila isu yang melanda terutama isu 'tidak berdisplin dan digugurkan daripada drama La Luna, ada yang  mengatakan bahawa karier Fathia Latif di dalam dunia lakonan telah berakhir.

Mana mungkin ada pihak produksi yang mahu ambil pelakon yang ada masalah displin, sering datang lewat dan menyebabkan penggambaran seringkali tergendala.

Walaubagaimanapun, Fathia Latiff percaya rezeki itu di tangan Tuhan.

Ini Komen Fathia Latiff:

"Saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Walaupun sebagai manusia kita sentiasa takut akan kehilangan rezeki atas perbuatan yang pernah kita buat yang pada pandangan masyarakat ia memberikan implikasi buruk, tetapi rezeki itu sudah ditetapkan. Andai ia milik kita ia tetap menjadi milik kita. 

"Saya juga selalu mengingatkan diri rezei banyak ruang dan cabang. Sebelum pelbagai isu membabitkan diri saya timbul, saya bukan saja selebriti tetapi juga ahli perniagaan dan duta produk. Jadi pada saya rezeki Insya Allah ada di mana-mana saja.

"Saya percaya bila kita sentiasa sabar sabar dan redha dengan kententuan, Allah akan letak rezeki untuk kita. Cuma dalam waktu yang sama, sebagai manusia kita kena berusaha.


Kemudian Fathia Latiff menjelaskan yang dia sebenarnya keberatan untuk menerima tawaran membintang drama La Luna.



"Saya sebenarnya memang keberatan mahu menerima tawaran membintangi La Luna pada peringkat awal tetapi selepas dipujuk, saya buat juga demi kawan-kawan. Sebenarnya memang sudah tertulis bukan rezeki saya.

"Hendak kata saya buat syarat selepas ini, sebenarnya saya seperti pelakon lain akan melihat watak perwatakan, jalan cerita, pengarah dan produksi mana sebelum ini. Tiada apa pun perubahan atau syarat untuk saya bekerja. Cuma selesa bekerja dengan produksi yang memahami saya agar memudahkan kedua-dua pihak.


Itulah komen dari Fathia Latiff. Semoga diambil pengajaran dari hal ini dan perbaiki diri sendiri.

Sumber Harian Metro.




Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close