Sebab parking kat laluan masuk, dia terkejut keretanya di pindah atas bumbung

CHINA - Tindakan seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di laluan masuk di sebuah kawasan kediaman di bandar Benxi, wilayah Liaoning pada Selasa, mengundang padah apabila pemilik kawasan itu mengambil keputusan untuk mengalihkan keretanya ke tempat yang tidak dijangkakan.

Menurut penduduk setempat yang menyaksi kejadian itu berkata, wanita itu terdahulu berhenti di pondok pengawal keselamatan pada waktu pagi. Pengawal Keselamatan yang bertugas meminta wanita itu membayar yuran parking, namun wanita itu enggan berbuat demikian.

Wanita berkenaan kemudian meletakkan kenderaannya di luar pagar laluan masuk ke kawasan perumahan itu, yang juga menghalang kenderaan lain dari memasuki kawasan itu.

Pemilik kawasan berkenaan berkata, kenderaan itu ditinggalkan di situ selama beberapa jam sebelum mereka membuat keputusan untuk menghubungi perkhidmatan kren untuk mengalihkan kenderaan itu.

Ketika proses pengalihan itu dilakukan, ada individu yang mencadangkan agar kenderaan itu diletakkan di atas bumbung pondok pengawal.
Setelah pemiliknya kembali, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati keretanya itu berada di atas bumbung. Difahamkan, wanita terbabit dan wakil komuniti di situ diminta untuk menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Akhirnya perkhidmatan kren itu dihubungi untuk datang semula bagi menurunkan kereta wanita berkenaan.

Insiden itu viral di media sosial dan netizen memuji tindakan komuniti dan pemilik kawasan itu, tidak lupa juga pada jasa pemandu kren tersebut.

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close