Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV

Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV



Beberapa hari yang lalu, industri hiburan dikejutkan apabila suami kepada Sharifah Shahirah iaitu Ijoy menfailkan saman terhadap stesen TV.

Sharifah Shahirah telah memberi sokongan penuh tindakan suaminya, Ijoy yang menfailkan saman terhadap stesen TV AlHijrah Khamis lalu.

Pelakon dan pengacara ini tidak takut sekiranya namanya digam oleh stesen TV terbabit kerana tindakan suaminya itu.

Menurut Shira, dia belum pernah terfikir tentang "akan kena gam" namun jika perkaran berkenaan benar-benar terjadi, dia tidak takut kerana percaya rezeki ada dimana-mana.

Ini komennya:

“Saya tidak terfikir langsung soal nama akan digam atau tidak. Namun sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, tidak mengapa. Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Jadi saya tak perlu takut pun. Kalau mereka tak nak tawarkan saya pekerjaan, saya okey saja. Cuma sebagai isteri saya tetap mempertahankan tindakan suami”

“Ada sebab kenapa dia berbuat sedemikian. Orang kata berani kerana benar. Suami hanya menuntut haknya. Adakah itu salah. Disebabkan sudah tiada cara lain, jadi suami mengambil keputusan membawa ia ke peringkat undang-undang. Bukannya suka-suka nak saman,”


Sharifah Shahira yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah ini telah menjelaskan tindakan suaminya memfailkan saman adalah untuk menuntut hak atas kerja yang sudah dijalankan sebelum ini.

Dikhabarkan syarikat pengambaran milik Ijoy telah menfailkan saman terhadap AlHijrah Media Corporation (AlHijrah), menuntut pembayaran kerja produksi yang tertunggak sebanyak RM265,600.

Sumber: HarianMetro

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close