Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa



Semalam seorang imam besar telah menegur tindakan Hafiz Hamidun ke atas isterinya Joy Revfa. Baca kenyataan imam besar itu (DI SINI).

Pasangan  Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mula mencuri tumpuan pihak JAIS apabila isu rumah tangga mereka menjadi buah mulut orang ramai.

Ramai tanya kenapa pihak jabatan agama memberi kebenaran bernikah kepada Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa? Ini jawapan yang dinantikan orang ramai.

Sebenarnya pasangan ini memperoleh kebenaran bernikah oleh pihak JAIS selepas bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada tahun 2015.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata isu mula timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.

Ini kenyataan dari pengarah JAIS:

KENAPA JAIS BERI SURAT KEBENARAN BERNIKAH?

"Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

"Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.



SIJIL SURAT CERAI TAK DIKELUARKAN KERANA JOY YANG MINTA BUKAN BEKAS SUAMI, KALAU DATUK RAY YANG MINTA, KES SELESAI

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

"Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," 


"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu,"


"Pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri,"


Untuk makluman,  jika Datuk Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Tetapi oleh kerana Joy yang pergi ke Thailand, hanya surat cerai taklik dikeluarkan dan tarikhnya ialah bulan Julai 2017.

0 comments:

Post a Comment