10 August 2017

AFIFAH DAKWA 'MANGSA' PIHAK PRODUKSI - BELLA ASTILLAH TAK PERCAYA


"Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya. Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita.





"Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa. Dia boleh straight call saya. Bukan diorang takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun.

"Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’? Okay... dekat situ dah salah sebenarnya," kata isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah menerusi insta story miliknya.

Dalam insta story itu, Bella menyatakan dia tidak mempercayai penjelasan pelakon Afifah Nasir yang mendakwa pihak produksi yang menyuruhnya untuk menggoda Aliff supaya dia datang ke lokasi penggambaran.

Sebaliknya, Bella percaya bahawa Afifah dan Aliff sememangnya 'bermain cinta' memandangkan suaminya itu telah mengaku salah berlaku curang terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar


Kelmarin kekasih Afifah, Wan Ariff tegas mempertahankan teman wanitanya yang menjadi mangsa keadaan di dalam kontroversi 'main cinta' antara Afifah dan Aliff Aziz.

Tambah Bella lagi, teman lelaki Afifah itu hanya mendengar penjelasan satu pihak sahaja dan sebagai teman lelaki, Ariff sudah pastinya mempertahankan teman wanitanya.

Kalau ikutkan sehingga kini pihak produksi drama 'Izinkan Aku Menyintaimu' masih belum tampil memberikan penjelasan selepas Afifah mengheret sekali pihak produksi di dalam kontroversi ini.

Sementara itu, ramai juga yang meneka rating drama ini bakal menjunam dek kerana kontroversi tersebut.






www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: