Pelakon Farid Kamil Jawab Apa Dah Jadi Dengan Perkahwinannya Dengan Diana Danielle

Pelakon Farid Kamil Jawab Apa Dah Jadi Dengan Perkahwinannya Dengan Diana Danielle


Farid Kamil dan Diana Danieel masih lagi menjadi tumpuan para peminat ekoran hubungan mereka yang dianggap tidak lagi mesra dan bahagia.

Ini bermula apabila kedua0duanya jarang bergambar bersama di laman media sosial.

Kemudian ada pula kisah yang mana Farid Kamil dan Diana Danielle menyabut hari raya secara berasingan.

Sebelum ini mereka ada memberi jawapan bahawa mereka masih lagi bahagia.

Kini sekali lagi Farid kamil tampil memberi jawapan mengapa dia dan Diana dilihat tidak lagi mesra.

Faird berkata, dia tidak melihat satu keperluan untuk menayangkan kebahagian bersama isterinya Diana Danielle di Instagram semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

Farid Kamil langsung tidak terkesan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada mereka suami-isteri gara-gara tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial itu.

Ini penjelasannya:

"Instagram bukan penanda aras kebahagiaan seseorang dan saya tak lihat ia sebagai satu keperluan.

"Jika saya hendak muat naik sesuatu saya akan buat dan bukannya memikirkan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain.

"Pada saya apa orang hendak kata atau komen, itu hak mereka," 


"Sejak dari awal lagi kami tidak pernah menjadikan hubungan kami sebagai 'selling point' dan ia tiada beza dengan sekarang.

"Tetapi Alhamdulillah kami bahagia, tiada masalah kritikal cuma perkara kecil-kecil itu biasalah,"


Farid berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu isu besar kerana sebelum berkahwin dengan Diana mereka memang jarang menjaja perihal percintaan mereka.

Sebelum ini Diana juga ada memberi jawapan yang sama apabla ditanya dimanakah Fardi Kamil.

Ini jawapan dari Diana Danielle:

"Sebenarnya kalau hendak diikutkan sejak zaman bercinta lagi kami memang jarang berkongsi gambar bersama jadi tiada isu perlu dibangkitkan mengenai hal itu.

"Tambahan pula kami sudah faham dengan sikap segelintir netizen yang sentiasa ada pelbagai idea untuk mengecam dan menjatuhkan.

"Jadi adalah lebih baik bersikap low profile sahaja,"

Bagaimanapun kata Farid, perkahwinannya dengan Diana bahagia bersama dua anak mereka iaitu Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.



Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close