'Tiba-tiba nafasnya terhenti dan pengsan, mukanya menjadi biru'


Ibu kongsi pengalaman bayinya yang baru dilahirkan ketika itu, tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu bapa mana yang tidak panik melihat anak dalam keadaan begitu, lalu terus membawa bayi mereka ke klinik berhampiran untuk meminta bantuan. Namun ditolak kerana enggan mengambil kes kecemasan, menyebabkan pasangan ini terpaksa pergi ke klinik lain yang akhirnya sudi menerima kes bayi mereka. 

Alhamdulillah, semuanya selamat apabila bayi mereka bernama Noah, bernafas semula selepas 20 minit kejadian. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

HARI INI genap setahun Noah Khaleefa bin Elya Amirul Naem, anak mamy dan dady dilahirkan. Tak banyak cerita luas biasa tentang kelahiran kamu. Tetapi ada cerita di setiap gambar. 


Seperti biasalah, mamy sakit beranak, layan contraction sambil membebel pada dady. Duduk di hospital selama dua malam, baru Noah selamat dilahirkan secara ceaser sebab tertelan najis dalam perut mamy. 


Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. Walaupun kamu ditahan NICU selama sehari, syukur bila mamy tersedar sepenuhnya dari bius itu, kamu dah boleh keluar temankan mamy di wad biasa. Tiga hari juga kami tunggu keputusan darah kamu. 


Beranak adalah pengalaman yang paling sakit dan menakutkan bagi mamy. Tetapi pengalaman itu yang terindah. Barulah mamy dapat rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu-ibu lain. 

Masa itulah baru terfikir betapa hebatnya seorang ibu melahirkan anak ramai dan mungkin ada yang mengalami masalah ketika melahirkan anak tetapi mereka tabah dan cekal. Sungguh hebat. 


Berpantang seperti ibu-ibu yang lain. Mamy jalani hari-hari baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat. Tetapi di hujung berpantang, kamu selesema dan batuk. 

Tiga hari kamu tidak sihat. Dalam tempoh tiga hari itu juga kami bawa kamu ke klinik. Tetapi doktor cuma beri ubat titis di hidung untuk cairkan kahak. 




Hari ke-30 kita berpantang, itulah hari menakutkan. Perasaan yang lebih takut, yang mamy pernah rasa. 

Pagi itu mamy bangun, mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tidak mahu menyusu. Timbul kerisauan di hati tetapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu badan. Mamy cuma mampu turutkan saja nasihat doktor. 

Di waktu tengah hari ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sendiri. Dady agak panik dan cuba mendukung Noah. Noah collapse dan dengan tiba-tiba nafas kamu terhenti. Nafas terakhir yang begitu panjang dan berbunyi. Muka kamu menjadi biru. Tiada denyutan jantung, tiada pergerakan yang menunjukkan kamu bernafas, tiada sebarang respon bila nama kamu dipanggil. Tiada...



Allahuakhbar Noah, badan mamy yang tengah panas terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan, jantung berderau. Mamy bergegas ambil buku rekod kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan. 

Masa berlalu dengan begitu pantas pada waktu itu. Tetapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik di depan rumah terasa begitu jauh. Dady bawa kereta macam lipas kudung. Mamy peluk Noah, Noah longlai rebah di bahu mamy. Mamy urut dada dan panggil nama kamu. 

"Noah anak kuat mamy, bangun sayang. Bangun. Mamy kat sini." 

Namun tiada pergerakan. Tiada kata-kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu. 

Berhenti di klinik berdekatan, ditolak sebab tak berani terima kes kecemasan. Kami bergegas pula ke klinik lain. Hanya satu klinik saja lagi yang kami boleh harapkan untuk mendapatkan bantuan. 

Kira-kira 20 minit kejadian itu semenjak keluar rumah, syukur kami berhenti di Klinik Dr Bahiah dan doktor menerima kes ini. Ditolaknya kesemua pesakit termasuk yang sedang dirawat semata-mata mahu membantu Noah. 

Doktor Bahiah dan suaminya yang juga seorang doktor melakukan segala usaha. Sambil menunggu kedatangn ambulans, semua kakitangan memainkan peranan masing-masing. Doktor beri bantuan oksigen untuk mencairkan hingus, CPR dan defibrillator (pam jantung). MasyaAllah, keadaan itu masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan. 

Selepas beberapa minit, doktor memandang mamy dan memaklumkan mereka tidak dapat mengesan apa-apa denyutan dan nadi Noah. Dady kamu macam nak muntah dan hampir pengsan bila mendengar berita itu, terus keluar dari bilik rawatan. 

Mamy tersandar di dinding, masih kaku, diam membisu tidak melepaskan pandangan pada kamu. Tetapi di dalam hati, mamy menjerit. 

"Bangun sayang! Bangun Noah Khaleefa!" 

Doktor yang masih berusaha membangunkan kamu, memandang mamy sekali lagi dan hanya menggelengkan kepalanya. Terdiam, istighfar dan seru nama Allah yang Maha Berkuasa agar kamu diberikan peluang. 

Satu perkara yang mamy beritahu, naluri ibu itu betul. Kamu akhirnya memberikan respon dan tiba-tiba bernafas! Satu nafas yang panjang seolah-olah kamu rasa yang amat lega! 

MasyaAllah, masa itulah baru mamy rasa nak pitam sebab Tuhan mendengar rintihan hati mamy. Kamu sudah kembali! Tetapi pernafasan kamu tidak stabil. Dalam masa yang sama, ambulans sampai dan kamu dikejarkan ke hospital. 




Noah ditahan di wad selama seminggu dan diberi bantuan pernafasan.  Kamu tidak boleh tidur di sisi mamy seperti selalu. Ya Allah, rindu. Masih terasa rindu itu sampai ke hari ini. Sakitnya mamy tengok keadaan kamu begini. 

HB kamu turun naik. Sekejap normal, sekejap lemah. Kamu minum melalui tiub. Mamy rindukan kamu, rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu. 








Cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari-hari yang sukar. Namun mamy perlu bertabah walau terkadang hampir berputus asa bila doktor beritahu jangan mengharapkan apa-apa. Tetapi mamy dan dady sentiasa menunggu keajaiban. 

Ramai yang mendoakan kesihatan kamu. Berkat doa mereka, kamu berikan satu senyuman. Hari semakin hari, kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang. 




Kita boleh tidur bersama-sama. Mamy dah boleh temankan kamu tidur. Mamy tidur di katil Noah walaupun kaki terkeluar dari katil. Rindu. 

Bila doktor dah benarkan kamu bernafas tanpa alat bantuan pernafasan, barulah ada selera mamy nak makan. Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yang kuat! 



Masa itu ramai yang gembira bila mamy upload gambar ini sebab doa mereka yang inginkan kamu sihat, termakbul. MasyaAllah, perihatin sungguh rakyat Malaysia ini sayang. Semua sayang kamu. Noah semakin kuat dan dibenarkan keluar wad. 


Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga ke hari ini. Oleh kerana itu, kami mendoakan juga kesejahteraan kalian di sini, di hadapan Kaabah. 


Terima kasih semua, terima kasih Doktor Bahiah yang tidak berputus asa mendapatkan anak saya semula. Allahu, tak terkata. Terima kasih jururawat-jururawat dan doktor di Hospital Sungai Buloh yang sentiasa beri tumpuan kepada Noah. Terima kasih semua. 


Selamat hari lahir Noah Khaleefa sayang. "Kemana kamu pergi selama 20 minit itu?" Alhamdulillah, terima kasih Allah. 



Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close