04 August 2017

6 BULAN TIADA TAWARAN - ATIKAH SUHAIME KINI 'PEGAWAI PEMASARAN'


Kontroversi sebelum ini iaitu gambar bogel mirip wajahnya bersama dua lagi pelakon lelaki yang tersebar luas itu namapaknya telah memberikan impak besar terhadap kehidupan pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime.





Ini kerana, kata Atikah, selama 6 bulan tiada sebarang tawaran berlakon yang diterima hingga terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk menyara hidup.

Maka dari itu, beliau kini terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura. Atikah berkata, beliau kini bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta.

"Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.

Klik untuk gambar besar


"Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.

"Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu.

"Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni," jelasnya.

Beberapa hari lalu, menerusi akaun Instagram, Atikah ada memuatnaik status seolah memberi gambaran bahawa dirinya sudah penat menghambakan diri di dalam dunia seni.



Walaupun sukar namun beliau terpaksa melupakan kerjayanya seketika dan mencari semula semangatnya yang hilang.

Tidak semua orang bertuah untuk mencipta nama di dalam dunia lakonan di Malaysia ini. Setiap orang sudah tertulis rezeki masing-masing.

Mungkin rezeki Atikah Suhaime di dalam bidang lain. Tak perlu mengharap kepada benda yang tidak pasti, lebih-lebih lagi jika ia mengorbankan kehidupan peribadi kita. Semoga terus maju jaya diucapkan.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: