Budak 5 Tahun Parah Dilanggar Van Sekolah, Patah Pinggang Dan Rosak Paru-Paru Dan Usus


Gugur jantung ibu bapa jika melihat anak sendiri yang baru berusia lima tahun sedang terlantar sakit akibat terlibat dalam kemalangan. Bagi ibu bapa kepada seorang kanak-kanak comel Hani Aufa Mohd Sapizee, ini semuanya sudah ketentuan Ilahi. 

Memetik laporan NST, kejadian hitam tersebut berlaku di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang apabila kanak-kanak perempuan tersebut dilanggar oleh van sekolah yang dinaiki olehnya secara tidak sengaja ketika sedang melintas pulang dari sekolah. 

Menurut ibu mangsa, anaknya itu sudah diberitahu untuk berjalan di belakang van sekolah sejurus turun dari kenderaan tersebut tetapi pada hari yang malang itu, Hani berjalan di hadapan van tersebut dan pemandu tersebut tidak perasan dan telah melanggar anak kecil tersebut. 

Van tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 50 tahun dengan segera berhenti apabila menyedari beliau telah melanggar Hani dan mendapati Hani sudah terkulai layu di atas jalan raya. 

Menurut ibu mangsa, keluarganya dan pemandu van tersebut yang hanya dikenali sebagai Pak Mat amat rapat kerana anaknya itu selalu menaiki van Pak Mat ke sekolah. 

"Dah hampir setahun Hani naik van Pak Mat dan anak perempuan saya itu sangat sayang Pak Mat dan mereka sangat rapat" kata ibu Hani. 

Tambahnya lagi, pihak keluarga mereka tidak membuat laporan polis berhubung pemandu tersebut dan hanya memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian kemalangan tersebut. 

Namun, pihak polis telah pun disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 kerana kecuaian dalam memandu. 

Hani Aufa dilaporkan mengalami kecederaan teruk apabila mengalami patah pinggang, rosak buah pinggang, paru-paru dan bahagian ususnya. Semoga adik Hani cepat sembuh. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close