Kartun Upin Ipin Versi Lucah Di Youtube Jadi Tontonan Anak Perempuan , Lelaki Ini Mengamuk Dan Bagi Last Warning !!


Permulaan permasalahan sosial dalam kalangan remaja bermula dari sejak umur 6 tahun jika kita sebagai ibubapa tidak mendidik dan mengawal apa yang dibaca , dilihat dan dibuat oleh anak kita .

Peredaran zaman tidak membataskan perkongsian pasti akan memudaratkan kelak .

Menerusi perkongsian Cikgu Zahran , beliau menyatakan sebab mengapa sangat membahayakan jika memberikan anak akses kepada youtube tanpa pengawasan .

Jelasnya lagi dalam status yang dikongsi di facebook milik beliau ,

Mulai hari ini aku haramkan anak anak aku tonton youtube.Lepas raya ni dah dua kali aku dapat detect anak aku tengok benda pelik yang tak sepatut dilihat pada usia kanak kanak.

Matlamat tidak menghalalkan cara apabila 

Ada manusia tak guna di luar sana yang mengambil kesempatan.Aku tak pasti apa matlamat mereka.Nak bagi view mencecah ribuan atau memang ada agenda merosakkan pemikiran budak budak.



Menurutnya lagi ,youtube lebih bahaya kini apabila ruang search dah jadi autosearch dan autoplay. Kita sangka budak budak tengah tengok upin ipin tapi mereka dah dibawa ke channel lain.Benda ni dah berlaku masa Frozen tengah top.Sekarang upin ipin dan boboiboy pulak.

Cuti raya dulu aku kesan anak aku perempuan tengah tengok video budak budak lelaki bersunat.Budak budak yang naif bukan tahu apa apa.Aku mengamuk dan bagi last warning.Hari ini pula tengok kak ros tengah beranak.Hangin betul aku.

Biar betul ??


Bila autoplay..walaupun budak budak taip upin ipin..video akan ditayang berterusan jadi channel yang banyak view akan turut masuk dalam waitng list.Budak budak ni akan klik sahaja dan algorithma youtube akan bawak banyak lagi video video dari channel lain yang makin deep. 

Tambah Cikgu Zahran lagi ,  Ada channel yang jahat ni dari negara seberang..mungkin ini salah satu agenda jahat sebab upin ipin ni terkenal sampai ke sana.Benda ni jadi top dekat list sebab jumlah view dan populariti video tersebut.Aku lampirkan gambar kat bawah dan korang nilai sendiri.

Jadi yang menjadi ancaman ini adalah video yang diubah suai untuk mendapatkan rating search popular top channel di youtube . Sangat licik permainan mereka !

Jika dapat dilihat , bukan versi upin ipin sahaja , animasi frozen dan lain-lain juga menjadi bahan untuk mereka menarik jumlah views ke channel mereka

Cikgu Zahran berharap para ibubapa lebih peka dan berhat-hati dengan apa yang ditonton oleh anak-anak . Budak-budak tak salah sebab mereka tidak tahu , tapi apabila benda didedahkan mereka pasti akan cari lagi dan lagi kemudian nanti !

Cuma yang kita risau akibat terdedah kepada benda benda pelik nanti mereka akan pergi ke fasa 'mencuba' pulak.


Tidak mengapa jika kita dianggap kuno dan dan konservatif serta anti establishment . Biar sekarang kita rasa susah supaya akan datang kita senang , jangan senang ketika sekarang , besar nanti rasa nak matikan je ! Jangan salah step dalam mendidik .

sumber : Cikgu Zahran 

www.kakishare.my




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close