Kereta Tayar Pecah, Ibu Dan Anak Berusia 7 Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta


Ini berita agak menyedihkan. Dalam tengah hari tadi, dua beranak termasuk bayi yang baru berusia tujuh bulan selepas kereta yang dinaiki oleh mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Kuantan. 

Mangsa Nurbani Fartini, 25, parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Nur Fauzana dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun. 

Dua beranak tersebut duduk di tempat sebelah pemandu tercampak keluar selepas tayar belakang kereta yang dipandu suami mangsa, Mohd Nazrin meletup dan menyebabkan kereta tersebut terbabas. 


Mohd Nazrin gagal mengawal kereta berkenaan dan merempuh tiang elektrik di atas pembahagi jalan sebelum terbalik. Mohd Nazrin hanya mengalami cedera ringan manakalah jenazah dua beranak itu akan dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Dungun.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah pada keluarga mangsa. Dan ada yang memberi nasihat supaya keadaan tayar agar di periksa untuk mengelak perkara yang tidak diingini. Ada juga netizen menulis pentingnya car seat kerana banyak kejadian kemalangan maut yang melibatkan mangsa tercampak keluar dari kereta. 



___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close