12 August 2017

RUMAH TANGGA DENGAN HAFIZ BERGOLAK - BEKAS SUAMI JOY RASA SEDIH


"Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.





"Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi," kata bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran yang meluahkan rasa sedih apabila rumah tangga yang baru dibina wanita itu bersama penyanyi Hafiz Hamidun, dilanda badai.

Ray berkata, beliau seperti dapat mengagak punca perkahwinan bekas isterinya itu retak, malah teringin menasihati wanita itu sebelum membuat keputusan berkahwin, namun menganggap dirinya tidak layak berbuat demikian.

Ray bagaimanapun menyifatkan, pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan mungkin disebabkan perkenalan mereka yang singkat.

"Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Amin, 30, berkata buat masa ini dia belum bersedia mengeluarkan kenyataan dan hanya berserah dengan apa saja yang berlaku.

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti dan buat masa ini saya belum boleh beri komen apa-apa mengenai isu tersebut.

"Insya-Allah semuanya baik-baik. Mohon tak perlu salahkan atau memfitnah mana-mana pihak. Saya hanya berserah kepada Allah apa saja yang berlaku.

"Alhamdulillah, Allah selalu lindungi dan memberikan ketenangan untuk meneruskan kerjaya saya. Biarlah semua berjalan dengan apa adanya. Doakan supaya semuanya baik-baik saja," tuturnya yang tidak tertekan dengan dugaan besar tersebut.



Sejak akhir-akhir ini, rumah tangga Joy dan Hafiz dikatakan dilanda badai apabila wanita itu kerap memuatnaik status berunsur kesedihan.

Usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi bayangan mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muatnaik video lagu 'Despacito' yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu".

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..'

Kemudian Joy turut memuatnaik paparan skrin perbualannya dengan Heliza Helmi yang menyifatkan penyanyi dan pelakon itu antara sahabat yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya ketika berduka.

Joy dan Hafiz diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 1 Mei lalu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: