04 August 2017

13 FOTO - NIKAH 23 JULAI, UMMI NAZEERA & SUAMI DIRAI SEMALAM



Pada 23 Julai lalu, pelakon Ummi Nazeera, 26, mengesahkan beliau selamat bernikah dengan lelaki pilihan keluarga, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, dalam majlis tertutup.





Pernikahan tersebut telah diadakan lebih awal daripada tarikh asal yang sepatutnya berlangsung malam semalam.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainulabadin, beliau mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga supaya pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," jelasnya.

Acara di sebuah hotel di Putrajaya malam semalam bertukar menjadi majlis meraikan pasangan pengantin berkenaan, yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk kenamaan.

Difahamkan, doktor yang berasal dari ibu kota itu sah bergelar suami Ummi dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman bapa saudara pelakon terbabit, Datuk Aziz Mat Akhir, di Bukit Tunku.

Klik untuk gambar besar


Pada acara yang dihadiri 20 tetamu itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Jumlah mas kahwin pula dirahsiakan.

Bercakap mengenai perubahan dirinya selepas bergelar isteri, Ummi memberitahu, beliau kini berasa lebih gembira dan tenang.

"Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang, saya hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.



"Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih bertugas di Sarawak.

"Yang pasti, saya perasan suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin," kata Ummi yang bakal meneruskan kerjaya di arena seni walaupun selepas bergelar isteri.

Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel, Sabtu ini, diikuti sebuah lagi majlis di Persiaran KLCC pada 12 Ogos.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu selepas kedua-duanya diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.






















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: