'Tujuh Tahun Kahwin Tapi Suami Tak Pernah Tunjuk Dia Hargai Isteri'


Seorang isteri sudah pasti mengidamkan suaminya menjadi seorang yang romantik di samping menjadi ketua keluarga yang terbaik. Sifat isteri itu sendiri yang mahu dibelai dan dimanja oleh suaminya. 

Namun, jika sudah tujuh tahun berkahwin tapi suami tidak pernah langsung menghargai si isteri malah tidak pernah memberi sebarang hadiah sebagai tanda isterinya dihargai. Seperti luahan seorang wanita ini di laman Facebook Kisah Rumah Tangga dimana suaminya tidak pernah memberi hadiah setiap kali harijadinya. Malah suaminya tidak pernah nak tunjuk penghargaan kepada dirinya. 

'7 Tahun Kahwin Tapi Rasa Tak Dihargai' 

Sedih bila hari birthday macam takda apa2 yang special..takda apa yg surprise..itu ini kna mintak sendiri dkt suami. klo dh mintak sendiri,takda dah kejutan2. teringin nk jadi mcm org lain..asben bg bunga,bg coklat,bg kek,bg hadiah...but I have nothing!! 

Masa mula2 kawen,pn gitu jgk..asben tak pnh tunjuk dia hargai isteri,caring kt isteri..belai2,manja2 romantik2 takda..masa nak bersama ja nk belai2. 

habis bersama habis..huhu..selalu pujuk hati,nanti2 asben akan buat surprise..tapi takda jugak..takkan tak belajar dah 7thn lebih kawen..berlambak servis surprise skrg ni. 

Allah...mcm mana nk kuatkan hati ni terima kenyataan suamiku tak romantik..taktau nk hargai..bkn nk suruh beli kereta ka,barang kemas ka apa..just buat kejutan utk isteri awak ni jaa. 

Bila tanya buat apa utk birthday syg..dia kata tau la dia nak hargai isteri..tapi sygnya isteri tak rasa dihargai.



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close