25 July 2017

TIADA MASALAH DENGAN GADIS BERTUDUNG - UQASHA AKUI KESAL



Semua pasti mengetahui mengenai situasi dimana pelakon Uqasha Senrose berdepan dengan gadis bertudung labuh dalam sebuah video yang dimuatnaik sebelum ia dipadam.

Susulan video yang sedang hangat diperkatakan, Uqasha telah dihubungi bagi bertanya apakah yang telah terjadi sebenarnya.

Bertanya, apa yang menyebabkan pelakon 'Hero Seorang Cinderella' ini memuatnaik video tersebut, Uqasha menjawab dengan sungguh jelas.





"Seperti yang saya jelaskan dalam video, beberapa hari lepas saya telah ke Kelantan dan ketika di stesen minyak, berlakunya satu kejadian salah faham di antara saya dan seorang pemandu perempuan.

"Sebenarnya saya tak mahu komen panjang tentang isu ini tetapi ingin saya jelaskan saya tiada masalah langsung dengan sesiapa. Ia hanya berlaku sedikit salah faham.

"Saya tiada niat buruk. Niat asaya hanya ingin berkongsi apa yang terjadi pada saya. Malah, saya juga ingin netizen di luar sana mengambil pengajaran dalam kisah saya.

"Apa yang saya ingin sampaikan adalah sebagai seorang perempuan kita haruslah menjaga adab. Saya bukan menghentam perempuan itu kerana bertudung. Tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah tidakkah pernampilan seseorang itu harus menggambarkan karakter dan perilakunya?

Klik untuk gambar besar


"Saya benar-benar terkejut, kereta yang pancung kereta saya dan memberi isyarat penumbuk itu adalah seorang perempuan namalah bertudung labuh.

"Bagi saya untuk apa kita bergaduh sesama jantina? Perempuan harus saling menghormati sesama kita. Perlu jaga akhlak dan budi bahasa. Kita ni perempuan perlu ada lemah lembut," jelasnya Uqasha.

Malah, Uqasha juga ada berkata dirinya langsung tidak kisah untuk meminta maaf kerana dia tahu mungkin ada juga silapnya namun gadis tersebut segera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam dan menjadikan bahan viral.



Menurutnya lagi, sejak video itu dimuatnaik, ada sesetengah pihak yang terasa deangan kenyataannya.

"Sejak saya memuatnaik memang ada beberapa pihak yang terasa hati dengan saya. Tetapi jujur saya kata saya tiada niat komen fizikal / pernampilan sesaorang. Malah saya memang tiada masalah langsung dengan gadis bertudung.

"Cuma itulah, saya agak kesal bila gadis bertudung yang selalunya dikaitkan dengan perwatakan lemah lembut dan berbudi bicara boleh bertindak seperti itu," tuturnya.

Apapun, kami harap netizen juga jelas deangan penerangan Uqasha. Bak kata perpatah, 'buang yang keruh ambil yang jernih'.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: