08 July 2017

25 FOTO - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN MAWAR RASHID & RAF YAAKOB



Semalam bukan hanya pelakon Izara Aishah sahaja, malah pelakon Mawar Rashid juga nampaknya telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hati Raf Yaakob.

Majlis yang diadakan secara tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, itu telah dihadiri 100 orang tetamu termasuk kedua belah keluarga dan teman rapat

Majlis pertunangan itu dikhabarkan diadakan bersempena mengingati tarikh ulangtahun kelahiran arwah bapa Raf sendiri selepas menghantar rombongan merisik ke kediaman Mawar awal Mei lalu.





Difahamkan, majlis pernikahan dan persandingan pasangan sama manis sama padan ini dijangka diadakan pada hujung tahun ini. Bagaimanapun mereka belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian.

"Cuma tarikh sebenar majlis ini belum diputuskan kerana masing-masing terikat dengan jadual penggambaran yang sedang dalam perbincangan bersama pihak produksi," kata Raf.

Terdahulu, heboh sebentar apabila Raf melamar Mawar dalam suasana yang cukup romantis dengan melutut sambil memberikan cincin tanda melamar kekasihnya itu.

Klik untuk gambar besar


Gambar yang dikongsi di Instagram itu turut mendapat reaksi gembira dari peminat yang turut sama mendoakan mereka.

Ramai pula yang melangsungkan majlis semalam, apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mawar yang telah selamat bertunang.

Semoga segala rancangan dan urusan persiapan hari bahagia nanti akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.


















































www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: