Pembantu Rumah Larikan Duit Dan Barang Kemas Milik Datuk Aliff Syukri Berjaya Ditangkap Polis


Update terkini kes kecurian oleh pembantu rumah dan bekas pekerja Datuk Aliff Syukri. Polis kini telah menahan tiga orang termasuk bekas pekerja dan pembantu rumah Datuk Aliff Syukri yang dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM100 ribu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Somu Subramaniam berkata, "Mangsa menjumpai penyata deposit wang di rumahnya di Kampung Damai Kuang. Semakan mendapati wang itu didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.

"Bagaimanapun, suspek yang juga pembantu rumah mangsa tidak mengaku dan memberi jawapan meragukan sebelum mangsa membuat laporan polis."


Menurut laporan Harian Metro, polis menahan tiga suspek, dua antaranya adalah wanita dan seorang lelaki berusia antara 24 hingga 48 tahun bagi membantu sisatan.

"Siasatan awal mendapati empat pembantu rumah terbabit dalam kes ini. Justeru, tiga suspek yang ditahan adalah pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya.

“Siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga lagi suspek yang masih bebas," tambah Somu.

Kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga 22 Jun. Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close