'Kesian Tengok Kak Ni..Mesti Dia Penat' - Netizen Luah Rasa Simpati Wanita Jual Nasi Lemak Sambil Jaga 3 Orang Anak Di Tesco Ampang


Demi mencari sesuap nasi dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan, ibu bapa pasti akan berusaha apa jua cara untuk menampung kehidupan. Maka tidak hairanlah ramai yang mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan dengan harapan boleh menyara kehidupan. 

Baru-baru ini seorang netizen, Lynn Ahmad terserempak dengan seorang peniaga nasi lemak berhampiran Tesco Ampang. Apa yang membuatkan beliau sedih ialah melihat kegigihan peniaga tersebut menjual nasi lemak sambil menjaga 3 orang anaknya yang turut ada bersama wanita tersebut. 

Berikut adalah perkongsian penuh dari Lynn Ahmad. 

Demi anak ibu sanggup berkorban apa saja. Korang yang lalu Tesco ampang kalau nampak akk ni beli la nasi lemak RM1 dia sedap sambil makan sambil membantu,sedih tengok kak ni dgn 3orng anak dia datang niaga..akk ni dengan niaga dgn nak kawal anak lagi.

Demi sesuap nasi kan...ermmm aku yang kawal dua orng anak bawak kedai pon letih. faham sangat perasaan tu..penat Tak terkata.

Nasib la anak akk ni baik duduk tepi tu,jalan Raya kan bahaya klu buas2 tapi dorng baik je tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga. Nasi akk ni sedap serious korang rasa la..beli bnyak2 biar akk ni boleh cepat balik.

Location : petronas mrr2 tekat Tesco ampang
Jualan nasi lemak RM1 (sedap)


Menurut Lynn lagi wanita tersebut hanya menjual di belakang bonet keretanya yang sudah usang. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan ingin membantu wanita tersebut dengan membeli nasi lemak yang dijualnya. 

Netizen juga turut menemui akaun Facebook wanita tersebut. Menerusi satu status terbaru wanita tersebut difahamkan lokasi wanita tersebut meniaga telah diserbu oleh pihak berkuasa tempatan. Semoga wanita penjual nasi lemak ini dimurahkan rezeki dan sesiapa yang berada di kawasan berdekatan bolehlah turut sama membantu. 



- www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close