Netizen Menitis Air Mata Sebab Terharu Budak 10 Tahun Dah Pandai Buat 'Surprise' Untuk Bapanya


Terharu betul dengan apa yang adik ini buat pada bapanya. Sejuk perut ibu mengandung. Itulah yang mungkin dirasai oleh seorang ibu apabila melihat anaknya yang berusia 10 tahun sudah mula menunjukkan minta untuk memasak. 

Seorang netizen memuat naik beberapa gambar keping gambar ke dalam grup Facebook yang menjadi bualan netizen. Wanita bernama Maziah Nur ini terharu apabila anaknya juga turut membuat satu kejutan untuk bapanya. 



Dalam status tersebut, Maziah menulis sambil berkongsi resepi yang dimasak oleh anaknya itu. Anaknya itu juga sempat menulis sekeping nota seperti berikut: 

"Abah lauk ni Auni yang masak. Tanpa bantuan ibu langsung tapi Auni tak tahu ia sedap ke tak.

"Yang penting abah kena makan.."


Walaupun menunya agak ringkas hanya ikan goreng sambal tumis dengan sos dan juga kuah, namun apa yang penting ialah menghargai dan menyokong minat anak-anak sejak dari kecil. 

Rata-rata netizen berasa terharu dengan apa yang ditulis oleh Auni malah ramai juga netizen memuji dan memberi sokongan kepada Auni. Semoga Auni teruskan minat untuk memasak, manalah tahu satu hari nanti boleh jadi juara Masterchef pula. 


___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close