Bekas Kekasih Dedah Penyampai Radio Popular Kaki Syabu Dan Ada Skandal Dengan Suami Orang?


Baru-baru ini viral di media sosial seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas kekasih seorang DJ radio wanita mendedahkan bahawa penyampai radio tersebut merupakan seorang penagih syabu. Selain itu lelaki tersebut menuduh DJ radio tersebut sebagai seorang yang tidak mengenang budi. 

Status tersebut dimuat naik di laman Facebook miliknya. Hasil carian mendapati lelaki tersebut telah memadam status berkenaan namun netizen sempat mengambil paparan skrin status berkenaan. 

Dalam status tersebut, lelaki itu mendakwa wanita itu telah meminta bantuan pada 2008 selepas bapa saudara kepada wanita berkenaan menghalau wanita berkenaan keluar dari rumah. Kerana kesiankan situasi wanita itu, ibu kepada lelaki berkenaan bersetuju membenarkan DJ radio itu tinggal bersama dengan meraka pada 2010. 



Selepas setahun, lelaki tersebut telah membeli sebuah kondominium menggunakan duitnya tetapi menamakan wanita tersebut sebagai pemilik rumah. Pada tahun 2012, lelaki tersebut menjalinkan hubungan dengan wanita lain tetapi atas dasar simpati beliau masih membenarkan wanita tersebut tinggal di kondo tersebut secara percuma. 

Malah lelaki tersebut tetap membayar hutang rumah dan membayar segala kos penyelenggaraan kondo tersebut. Setelah mendapat tahu wanita tersebut terlibat dengan kegiatan najis dadah, lelaki tersebut bertemu dengan wanita tersebut untuk mendapatkan semula rumahnya namun wanita tersebut tidak mahu mengembalikan rumah tersebut malah mendakwa itu adalah hartanya. 


Lelaki itu juga mendakwa wanita tersebut mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain dram kumpulan rock tempatan yang juga merupakan suami orang. Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan dan netizen mendakwa wanita tersebut pernah menjuarai satu program pencarian DJ radio yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan. - www.kakishare.my



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close