" Tiba-tiba Suami Aku Rentap Rambut , Tendang Dan Tampar Berkali-kali Kemudian Heret Turun Bawah Suruh Minta Maaf Dengan Mak Dia "




Dah macam drama  kalau baca kisah-kisah rumahtangga yang bermasalah ni kan ! Suami pukul isteri ,  pukul anak tanpa belas kasihan .

salam semua pembaca krt..nama aku mia..umur 26, masuk ni dah 3 tahun aku bernikah..msih belum ada anak..aku dan suami sama2 mengenali di universiti. sewaktu di universiti, aku mengenali suami sbgai seorang yg sangat peramah, dikenali ramai, selalu tlg orang dan sgt bertanggungjwb kerana dia merupakan ketua pelajar. 

kami bercinta selama setahun dan memutuskan utk bernikah..sewaktu tu kami dah sama2 tahun akhir pengajian. Keluarga aku alhamdulillah setuju, tp tidak bg keluarga dia..mak ayah dia sgt tak setuju kami bernikah kerana aku bukan pilihan mak dia. Tp dia berkeras utk bnikah. 6 bulan lepas pernikahan, 

kami sama2 tamat pengajian dan aku menetap dgn keluarga mertua. Suami aku tak bg aku kerja, dia suruh aku dduk rumah tlg mak dia buat kerja rumah. Tp masalah mak & adk bradik dia kerah aku mcm kuli. ada satu hari tu aku x keluar bilik dari pagi lepas suami aku pergi kerja aku terus kunci pintu, aku kurang sihat..badan terasa lesu je.

.mak mertua aku ketuk pintu mcm nk roboh pintu tu, jerit dari luar suruh aku basuh pinggan. aku tak larat nk bangun, jd aku buat xtau jela..petang lps suami aku balik kerja dia masuk bilik marah2 aku..suami aku ckp aku nk jd mem besar ke kt rumah ni? rupanya mak dia call dia siang tu ckp aku ni buat mak dia mcm hamba kemas rumah sorang2..aku diam je malas nk bertekak, 

aku terus baring..pejam mata..tiba2 suami aku rentap rambut aku, tampar muka aku berkali2 dan ditendang..aku terkejut sbb ni pertama kali kaki tgn dia naik kt aku..berkali aku minta maaf tak dilayan. lpstu suami aku heret aku turun bawah, suruh minta maaf dgn mak dia. lepas kejadian tu, kerap dia belasah aku. aku pernah mengandung, kandungan baru cecah 2 bulan, aku dibelasah separuh mati sehingga keguguran..ditendang, dihentak kepala ke lantai..semuanya sbb perkara yg remeh temeh je, kalau aku diam pun kena belasah, kalau aku menjawab lg teruk aku kena belasah. 

keluarga dia? buat taktau je kalau aku kena belasah..dorg ckp xnk masuk cmpur sbb suami aku ketua keluarga, dia tau mcmana nak ajar bini. Sampai satu tahap aku dibelasah separuh mati sbb menolak ajakan suami utk bersama. aku tolak dgn baik sbb aku tgh period..suami aku tiba2 mengamuk dan belasah aku. Hancur remuk rasa tulang belulang ni..aku betul2 lembik, mgkn dia nampak keadaan aku teruk, dia bwk aku ke hospital. aku kena tahan wad sbb slip disc. lepas aku pulih, aku suruh mak ayah aku dtg amik aku bwk balik..

aku xnk dduk dgn suami aku lg..aku serik..suami aku mgamuk2 dtg rumah mak ayah aku suruh aku balik..dia dh nak naik tgn dkt aku tp mujur ada abg ipar aku masuk campur..abg ipar dan ayah aku halau suami aku keluar. skrg ni aku tgh tggu tuntutan fasakh..tp suami dtg sesi kaunseling nangis2 pujuk aku balik, janji utk berubah..apa yg perlu aku buat ye? aku dah tawar hati dgn suami..

SUMBER : kisah rumah tangga


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close