Gara-gara Pulang Berhari Raya , Anak Mati Dalam Kandungan . Korang Yang Sedang Tunggu Masa Nak Lahirkan Wajib Baca !


Musim perayaan ini , bagi ibu yang mengadung pelbagai perkara yang sepatutnya menjadi perhatian .
Terutamanya penat dalam perjalanan dan stress dalam jem . Lagi-lagi yang dah hampir nak melahirkan, takut dalam jem nanti beranak kat dalam kereta .

Satu kisah yang dikongsikan oleh Dr Afiq untuk dijadikan pengajaran semua .

TERBERANAK SELEPAS PERJALANAN PULANG BERAYA. 
*****
Kring..kring..

Telefon bimbitku berbunyi. Daku bangun daripada lena yang singkat. Jam di dinding menunjukkan pukul 4.45 pagi.

Kring..kring..

Telefon masih tidak berhenti berdering. Daku mahu mematikan bunyi jam yang telah diatur di dalam telefon bimbit.

Eh rupa-rupanya panggilan daripada jururawatku yang bertugas atas panggilan aka oncall.

Pastinya kes kecemasan ibu bersalin ini. Dalam masa beberapa saat, hormon adrenalin dirembes pantas. Anak mata yang lentok terus segar. Jantung pantas berdegup kencang. Nafasku turun naik.

“Doktor, ada Patient kes luar beranak di rumah ni!”

Kes luar bermaksud pesakit ibu mengandung yang tinggal di luar kawasan yang diuruskan klinik desa.

“Hah beranak kat rumah? Berapa minggu pregnancy? Baby macam mana?” saya bertanya penuh bimbang.

“32 minggu doktor, baby tak bergerak ni!” balas misi saya dalam nada cemas.

“Saya dah sampai klinik ni. Doktor mari cepat!”

Terus panggilan itu dimatikan oleh misi saya. Pasti beliau sedang kalut menguruskan pesakit tersebut.

Saya juga kelam kabut bersiap. Melihat jam di dinding sudah menghampiri pukul 5 pagi dan menilai status kes yang agak sukar, maka saya meneguk segelas air dan menjamah beberapa biji kurma. Bimbang tidak sempat bersahur nanti.

Sampai sahaja di klinik, seorang wanita muda sudah terbaring di atas katil dalam keadaan lemah. Urinya telah dikeluarkan oleh misi sejurus beliau sampai di rumah pesakit.

Bayi pra matangnya berada di katil sebelah tidak bergerak. Saya memeriksa dengan lebih lanjut. Tiada nadi, tiada degupan jantung, tiada pernafasan.

Bayinya telah meninggal dunia. Barangkali meninggal sejurus dilahirkan di rumah.

Saya melakukan resusitasi dalam fasiliti dan peralatam terhad di klinik kesihatan tetapi Allah lebih menyayangi anak syurga itu.

Jururawat saya memberi laporan kepada saya bahawa ibu telah melahirkan anak seawal jam 4 lagi barangkali menurut suami pesakit. Berlaku kelewatan pada keluarga pesakit dalam merujuk kes kepada pihak kami. Mereka panik ketika itu. Tambahan pula, anak pertama maka pasangan itu tiada pengalaman.

Kes segera dimaklumkan kepada pihak hospital. Namun berlaku sedikit kesulitan dalam menguruskan kes ini kerana pesakit tidak mempunyai dokumen kehamilan yang diurusbaik.

Menurut pesakit, mereka baru pulang ke kampung untuk beraya di Kelantan.

Sepanjang mengandung, pesakit tidak pernah ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan ibu hamil. Hanya sekali dua ke klinik swasta untuk pemeriksaan kehamilan.

Apabila pulang, mereka sempat ke hospital swasta kerana merancang untuk melahirkan anak di sana nanti.

Kini semuanya tiada. Zuriat yang dinantikan hanya dipinjamkan sebentar sebelum dijemput kembali oleh ilahi.

Sedar tak sedar, jam menghampiri pukul 7 pagi. Saya segera pulang ke rumah untuk solat Subuh. Jururawat saya pula terlupa bersahur dek kesibukan menguruskan pesakit kami.

Selepas pesakit stabil dan urusan dokumen selesai, pesakit dibenarkan pulang selepas berbincang dengan pakar perubatan.

Ada beberapa pengajaran kami perolehi apabila kes ini dibentangkan di dalam mesyuarat audit kematian bawah 2 tahun.

Buat Ibu Hamil yang bakal menempuh perjalanan panjang pulang beraya:


1. Ibu mengandung digalakkan berbincang dengan doktor sebelum menempuh perjalanan jauh samada melalui darat atau udara. Sebaiknya rancang perjalanan antara 28-32 minggu kehamilan.

2. Jika menaiki kereta, digalakkan banyak berhenti rehat, minum air secukupnya dan elakkan stress sepanjang perjalanan. Suami jangan nak bawa kereta macam orang gila. Kesian bini yang hamil asyik tekan brek kaki yang tiada di ruangan co pilot sambil berharap kereta mereka boleh ditukar dengan kereta latihan memandu ketika suami sedang asyik speeding.

3. Ibu hamil dinasihatkan membuka buku pink di klinik kesihatan kerajaan. Semua saringan dan ujian penting semasa mengandung akan dilakukan di sana. Kemudian jika mahu rawatan susulan di klinik swasta terpulang kepada anda tetapi perlulah maklum kepada klinik yang menjaga anda. Sebaiknya ikut sahaja temu janji yang telah diaturkan.

4. Jika ibu hamil pulang ke kampung beraya, dinasihatkan singgah sebentar ke klinik desa atau klinik kesihatan terdekat di kampung untuk pemeriksaan diri dan bayi terutama bagi yang menghampir dengan tarikh bersalin selepas perjalanan jauh. Ini juga bagi mendapatkan nombor rujukan penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Ini kerana malang tidak berbau tidak mengira umur kandungan dan status ibu tersebut.

5. Minta klinik kesihatan yang menjaga anda sekarang untuk maklumkan kepada klinik kesihatan di kampung anda tentang kepulangan anda. Wah bunyi macam VIP. Nak balik kampung pun kena maklum orang lain untuk sambut. Ya, memang kami merawat anda bak seorang VIP. Penting untuk pasukan kami tahu berapa ramai ibu hamil di dalam kawasan jagaan kami agar memudahkan urusan penjagaan anda nanti.

6. Penjagaan selepas bersalin atau berpantang juga diuruskan oleh klinik kesihatan di kampung. Hospital Swasta jarang mempunyai perkhidmatan ini. Oleh itu penting praktiskan saranan 3,4,5 di atas agar urusan berpantang anda dipermudahkan di kampung.

Memandangkan Hari Lebaran semakin menghampiri, dijangka berlaku peningkatan trafik untuk pulang beraya.

Sudah pasti, ibu hamil adalah salah seorang mangsa kesesakan trafik.

Paling penting, sila berbincang dengan doktor dan jururawat di klinik ibu anak sebelum memulakan perjalanan jauh.

Semoga anda sekeluarga selamat pulang ke kampung halaman.

Semoga bermanfaat.


Dr Afiq Rahim 
Berhati-hati di jalanraya.


www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close