Tak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga di media sosial, bimbang terkena 'penyakit ain'


Berhati-hatilah bila upload gambar atau video kita, keluarga kita atau anak kita di media sosial kerana penyakit ain boleh terjadi melalui gambar ataupun video. 

Penyakit ain adalah penyakit yang disebabkan pandangan mata orang yang dengki sehingga dimanfaatkan oleh syaitan dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang terkena penyakit ini seperti yang diceritakan oleh Puan Syarifah Furaiha ini. Semoga bermanfaat dan semoga kita semua dilindungi Allah. 

NASIHAT SYEIKH DIABAIKAN

Dulu Fara adalah seorang yang sangat berpegang dengan scientific evidence. Tanpa bukti, susah nak percaya. Kemudian Allah izinkan Fara melalui pengalaman yang tidak tergambarkan. Bertahun saya dengan guru saya, kami dinasihatkan agar menjaga adab. Simpan kemas rapat-rapat segala nikmat yang Allah kurniakan. 

Tapi yelah, saya masih muda dan mentah. Nasihat syeikh, kami terbang bagaikan angin yang berlalu. 

Syeikh pesan, kita jaga adab jangan tayang muka cantik kita. Kita ada suami baik, handsome dan soleh, tidak perlu tayang kebahagiaan rumah tangga kita. Kita ada anak gebu, comel, tak perlu dipuji anak kita yang comel itu di media sosial. 

Ini tidak, anak umur sehari pun dah tayang macam-macam. Kemudian pelik sendiri kenapa anak asyik sakit, lemah badan dan menangis. Peluk dengan suami, happy sana sini semua ditunjuk. Kemudian bila bergaduh tak berhenti-henti. 

Sabda nabi, pada setiap nikmat ada hasad. 

Tapi saya mana nak dengar nasihat itu semua? Kalau boleh, semua benda saya nak share dengan orang sebab kita tengah bahagia. 

PENYAKIT BERASAL DARI PANDANGAN BENCI ORANG KEPADA KITA

Tahukah anda, dulu ada seorang kakak ini cantik sangat. Semua lelaki berebut dan suka dengan dia. Disebabkan muka dia yang cantik dan menjadi igauan para lelaki. Ramai sangat perempuan yang kenal dengan kakak itu tadi menyebabkan timbulnya hasad dengki dalam hati mereka. 

Tidak lama selepas itu, tanpa sebarang sebab, tak pasal-pasal mulut kakak itu tadi menjadi herot, senget. Inilah penyakit ain, tuan puan. Berapa ramai perempuan yang muka asalnya cantik dan bebas setitik noda pun, tetapi tiba-tiba menjadi menggerutu dan buruk bila terkena ain orang. 

Penyakit yang berasal dari pandangan benci orang kepada kita atas nikmat yang kita ada, yang boleh menyebabkan bukan setakat hancur kehidupan kita, bahkan boleh membawa maut. Pandangan hasad adalah sangat kuat dan berbahaya. 

Ada kes kedua, di Tarim. Ada seorang pelajar ini rambutnya sangat cantik. Lebat, hitam, lurus dan lawa. Habis satu asrama memuji kecantikan rambut pelajar itu tadi. 

Tetapi tidak lama selepas itu, kepala perempuan itu tadi menjadi bernanah dan buruk serta mengeluarkan bau nanah yang masyaAllah sangat busuk. Habis rambut tadi gugur. 

Di Tarim, ada seorang bayi yang baru dilahirkan akan ditulis ibu bapanya dengan tulasan Allah atau MasyaAllah pada dahi bayi tadi agar tetamu yang datang melihat, jika bayi tadi gebu dan cemol. Mereka akan memuji Allah dan menjauhkan penyakit ain tadi yang boleh menyebabkan bayi tadi sakit dan meninggal dunia.

DI DEPAN MEREKA MEMUJI KITA, TETAPI DALAM HATI MEREKA...

Segala sandaran dan pujian disandarkan kepada Allah. Penyakit ain bukan hanya datang dari mata yang menyimpan hasad dan benci, bahkah dari pujian yang terlalu mengagumi susuk tubuh seseorang. 

Pujian yang terlalu kagum dan fanatik tadi bila tidak disandarkan kepada Allah, menyebabkan tuan punya badan yang diuji tadi jatuh sakit teramat teruk tanpa sebarang sebab. 

Tak perlu argument. Penyakit Ain ini pernah terjadi pada sahabat Rasulullah yang dipuji keelokkan tubuh badannya yang menyebabkan beliau jatuh pengsan sejurus dipuji. Boleh rujuk ustaz. 

Di Mesir, jarang kita melihat kereta berkilat (selain faktor debu), ramai di antara mereka dengan sengaja membiarkan calar dan kotor pada kereta. Bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta baru masing-masing kerana takut penyakit ain dari jiran yang akan menyebabkan kereta tadi asyik kemalangan sahaja, bahkan boleh membawa maut. 

Semua cerita di atas dalah benar. Berapa ramai sebenarnya yang di depan kita sentiasa memuji dan mengagumi kita, tetapi di dalam hatinya ada dengki yang menyebabkan kita terkena ain. 

Saya fikir kembali, bagaimana dengan orang yang ada sangat banyak nikmat pada dirinya, kekayaan melimpah ruah, murah rezeki, muka atau fisikal cantik, pasangan baik dan hubungan bahagia, anak yang comel dan bijak serta lain-lain nikmat dunia yang Allah kurniakan. Apa yang saya kongsikan adalah cuma setitik daripada apa yang kita alami. 

FIKIRKAN KEMBALI DAN PERBETULKAN YANG MANA PATUT

Saya dulu juga pernah membuat kesilapan. Di usia muda, Allah kurniakan nikmat sangat banyak yang tak ramai orang dapat. 

Saya dulu terlupa, bila saya share, masih ramai di antara kita yang tidak mendapat nikmat itu. Saya yang tidak beradab. 

Kita fikir kembali dan perbetulkan yang mana patut. Semoga Allah melindungi kita kerana Allah lah sebaik pelindung. Bantulah saya kongsi nasihat ini. 

Syeikh pesan, banyak hati-hati dengan hasad dengki orang dan banyak kunci mulut melainkan bercakap/tunjuk apa-apa sahaja yang buat orang lain suka juga. Semoga bermanfaat. 

Orang Malaysia jarang tahu tentang penyakit ain seperti di tanah Arab, well known. Yang kita tak tahu tak bermakna salah dan tak wujud. Belajar dulu ya. 

Yang cantik itu kita simpankan
Yang banyak itu kita sorokkan
Yang bahagia itu kita rahsiakan

Syarifah Furaiha
Founder Furaiha


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close