Dia gosok 'jari ke-11' pulak di Pasar Malam


KUALA LUMPUR - Gelagat seorang lelaki menggosok jari kesebelasnya di pasar malam berdekatan dengan beberapa wanita, dirakam dan videonya dimuat naik ke laman Facebook. 

Dalam kejadian yang berlaku di Pasar Malam Sri Petaling, lelaki berbaju belang itu berdiri di belakang seorang wanita yang sedang membeli makanan. 

Berdasarkan video 16 saat itu, lelaki terbabit dilihat memasukkan tangan kanannya ke dalam poket kanan seluarnya yang dipercayai sedang menggosok kemaluannya biarpun menyedari individu berhampiran merakam perbuatan tidak senonohnya itu. 

Menurut sumber, lelaki itu hanya menyasarkan golongan wanita yang berseluar pendek sahaja. 


Video yang dimuat naik Jessie Low itu telah dikongsi 659 kali juga menimbulkan tanda tanya netizen, mengapa perakam berkenaan tidak mengambil tindakan atau memaklumkan perbuatan lelaki itu kepada orang ramai yang berada di situ. 

Orang ramai terutamanya golongan wanita dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak leka berbelanja di pasar malam sehingga menyedari diri dihampiri lelaki gila seks seperti ini. 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close