Cari @ Amanz

Mengambil gambar selfie adalah aktiviti santai yang popular di kalangan narsis dan mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi. Tetapi sejak akhir-akhir ini kes kematian yang diakibatkan oleh pengambilan selfie semakin meningkat.Di Russia semalam, seorang wanita berusia 21 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah jambatan ketika mengambil selfie. Kejadian berlaku di Moscow kerana pagar jambatan yang berkarat runtuh selepas wanita tersebut bersandar padanya. Sebanyak 10 kes kematian akibat selfie dilaporkan tahun ini dengan lebih dari 100 individu pula dilaporkan tercedera.

Russia-Selfie-Maut

Pihak polis Russia mengambil langkah drastik menyebarkan risalah khas yang menerangkan bahaya mengambil selfie. Risalah ini menerangkan risiko dan langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum anda bercadang mengambil gambar selfie. Secara peribadi kami rasakan hal keselamatan harus diutamakan tidak mengira masa. Di Malaysia kami berharap pihak PDRM tidak akan mengeluarkan risalah khas bagi membendung gejala selfie di masa hadapan. Terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan pihak polis dan melancarkan risalah keselamatan selfie bukan salah satu daripadanya.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd