12 June 2017

KEHIDUPAN KINI LEBIH BAIK - SAHARA YAACOB MAHU TOLONG ORANG PULA



"Sebelum ini banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi membolehkan saya kembali bangkit dan menjalani kehidupan lebih baik dan selesa.

"Saya tidak pernah lupakan insan-insan berhati mulia yang membantu saya dan cara saya ingin membalas kembali adalah dengan membuat kebajikan kepada orang lain pula.

"Alhamdulillah saya diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan kerja amal sepanjang Ramadan ini dan ia membuatkan saya bahagia," kata penyanyi popular era 1980-an iaitu Sahara Yaacob, 61.





Setahun lalu, kehidupan Sahara mula berubah selepas kisahnya tinggal dalam keadaan daif dalam sebuah stor di Hulu Langat mendapat perhatian.

Kehidupannya kini lebih baik apabila mempunyai rumah sendiri selain karier seninya kembali rancak dengan pelbagai undangan nyanyian pentas.

Maka sebab itu, Sahara mahu memberi balik kepada golongan memerlukan sebagai tanda terima kasih kepada insan-insan yang disifatkan sebagai berhati mulia yang telah membantunya sebelum ini.

Atas dasar itu juga, Sahara menolak semua tawaran nyanyian sepanjang Ramadan bagi membolehkan dia melakukan kerja amal dan membantu golongan kurang bernasib baik.

Klik untuk gambar besar


Kata Sahara lagi, pengalamannya sebelum ini banyak memberi inspirasi agar sentiasa berkongis kegembiraan dan rezeki dengan orang lain.

"Saya pernah merasai bagaimana kehidupan tidak dipedulikan oleh sesiapa dan rezeki saya juga dipertemukan dengan golongan yang bermurah hati membantu saya.

"Jadi apa salahnya saya pulangkan balik setakat termampu seperti hadir ke program-program berbuka puasa bersama anak yatim atau pun program-program kebajikan," ujarnya.

Bercakap mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini, Sahara berkata ia lebih bermakna kerana mempunyai rumah sendiri dan dapat menjalani ibadah itu dengan lebih baik.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: