Berdesing Telinga Dengan Teguran Chef Wan , Ibu Rose Kupas Kritikan Chef Wan ! Rupanya Ramai Sentap Habis .

foto tv alhijrah
Chef  Wan sememangnya terkenal dengan mulutnya yang suka membebel namun setiap point beliau , ada sudut pandangan yang wajar kita terima , pilih yang baik untuk dijadikan teladan yang buruk kita jadikan pengajaran . Syawal dan ramadhan kali ini nama Chef Wan menjadi hangat apabila dikatakan beliau kondem ahli keluarga sendiri juga tetamu pada raya lalu .

Terpanggil untuk memberikan kupasan , Ibu Rose menganggap teguran Chef Wan adalah berhak dan wajar . Namun teguran beliau banyak kepada ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak berkelakuan semasa bertandang . Ramai juga ibu bapa muda yang sedih ditegur sedemikian.Rasa dikecam macam dikata tak pandai mendidik anak-anak.





Jelas Ibu Rose lagi dalam blognya , 

Maka sebagai seorang yang berbudi pekerti tinggi, kita hormatlah rules dia. Seperti juga dia, kalau bertandang ke rumah kita, dia tidak lah boleh pula suruh kita ikut cara dia. Sebab rumah kita, kitalah yang menentukan apa yang selesa. Begitu juga dengan rumah dia, dialah yang menentukannya.

Oleh itu bagi yang memberi komen dan membandingkan cara sendiri dengan cara tuan rumah yang dikunjungi itu dan dalam konteks perbincangan kita ini, Chef Wan, kita perlulah sedar, itu rumah beliau dan beliau ada hak untuk menentukan cara yang selesa untuk beliau dalam menerima tetamu.

Of course sebagai tuan rumah beliau juga perlu memberi keselesaan kepada tetamu. Dan bukankah itu yang beliau lakukan? Di sediakan jamuan makanan yang best best, tempat makan yang selesa, suasana yang nyaman, rumah yang bersih….maka kita yang berkunjung pastikanlah keadaan itu berterusan dan bila meninggalkan rumah beliau, biarlah dalam keadaan yang baik. Dan doakan kebaikan untuk beliau dan keluarga. Bukankah, itu termaktub di dalam adab bertamu? kan sayang?

Sepatutnya kita yang perlu ikut cara tuan rumah itu.
Kita perlu hormati keselesaan tuan rumah juga. Ini yang ramai orang tidak menghalusinya dan terlepas pandang.

Malah mereka berfikiran hanya tuan rumah sahaja yang ada tanggung-jawab melayan tetamu. Tetapi tetamu boleh melakukan apa sahaja. Ini sebenarnya adalah penyakit yang merosakkan diri dan masyarakat. Penyakit ini dinamakan Entitlement Mindset. Dan kita perlu jauhi ia, sayang.

Ulasan Ibu Rose harus kita teliti lebih lanjut lagi , anda disarankan untuk meneruskan pembacaan di laman blog beliau , klik sini . Selamat membaca , hadamkan dengan baik .

www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close