Pejalan Kaki Mabuk Cuba Langgar Kereta Dan Minta Duit Pampasan Konon Tercedera


Macam-macam perkara orang akan buat demi duit! Ini terjadi kepada seorang lelaki di Singapura, Terry Loo yang sedang memandu di Pasir Ris Farmway 2. Dari jauh beliau ternampak seorang lelaki sedang berdiri di tengah-tengah jalan tersebut. 

Melihat lelaki tersebut, Terry memperlahankan kenderaannya malah sempat memberhentikan keretanya kerana bimbang dengan situasi pelik itu. Secara tiba-tiba, lelaki tadi berlari pecut ke arah keretanya. 

Menerusi rakaman 'dashcam' yang berjaya dirakam Terry, lelaki yang berpakaian kemeja T warna putih serta berseluar kuning paras lutut dengan selamba melompat ke atas kenderaannya seolah-oleh seperti dia dilanggar. 

Memetik laporan The Straits Times, lelaki itu mula menendang kereta jenis Honda Vezel yang dipandu oleh Terry. Melihat perlakuan lelaki berkenaan, Terry turun dari keretanya dan memberitahu bahawa dirinya cedera dan mahukan wang pampasan. 


"Dia tunjuk tiga jari, saya rasa dia minta Dolar Singapura 300 (RM924)," katanya. Oleh kerana diugut, Terry menunjukkan kamera pada dashboard keretanya dan lelaki itu sekaligus berhenti dari meminta wang. 

Malang buat lelaki berkenaan, pihak polis menahan suspek kerana telah menerima beberapa panggilan mengenai seorang lelaki yang bertindak menyebabkan kekacauan. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close