Terkini Erdogan SENYUM Gembira Dengan Tindakan Terkini Rusia. Wow !!!

Terkini Erdogan SENYUM Gembira Dengan Tindakan Terkini Rusia. Wow !!! | Saya Luv Islam – Hubungan Turki dan Rusia dilihat semakin akrab. Dan terkini tindakan terkini Rusia buat Erdogan dan umat Islam senyum gembira. Tak sangka. Baca dan kongsikan.

PERKUAT TURKI DENGAN S-400

Turki dan Russia menandatangani perjanjian pembekalan peluru berpandu permukaan ke udara S-400, lapor CNN Turk dan media lain.

Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran NATO.

Ia adalah tindakan terbaharu Ankara meningkatkan keupayaan pertahanan ketika berdepan ancaman militan Kurdis dan Daesh serta konflik di sempadan Syria dan Iraq.

Tiada butiran perjanjian diperoleh dan pihak berkuasa enggan mengulas.

LAPORAN RUSIA

Namun ketua konglomerat Russia, Rostec, Sergei Chemezov, memberitahu akhbar harian Kommersant kelmarin, Russia akan membekalkan Turki dengan empat unit S-400 mengikut perjanjian itu.

Beliau berkata, Moscow menjangka memulakan penghantaran pertama Mac 2020 dan Turki adalah negara anggota NATO pertama memperoleh sistem peluru berpandu canggih S-400.

Terdahulu, akhbar Turki memetik Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai berkata, negara itu akan membuat pinjaman menggunakan mata wang Russia dalam urus niaga itu.

PERTEMUAN ERDOGAN DAN PUTIN

Presiden Russia Vladimir Putin bertemu rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk rundingan berkaitan Syria dan perjanjian senjata.

Walaupun permusuhan serantau sejak Empayar Uthmaniyyah dan dinasti Romanov, Russia dan Turki bekerja rapat sejak penyatuan 2016 menamatkan krisis disebabkan insiden menembak jatuh sebuah pesawat perang Russia di Syria.

“Russia dan Turki bekerjasama dengan erat,” kata jurucakap Putin, Dmitry Peskov sebelum lawatan kerja sehari Putin ke Ankara.

Kedua-dua Moscow dan Ankara menyokong pembentukan empat ‘zon bebas konflik’ di Syria bagi menamatkan perang saudara yang berlarutan sejak 2011.

Sementara itu, Turki, negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dilaporkan menandatangani satu perjanjian senjata bernilai AS$2 bilion (RM8.44 bilion) untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia, tindakan mengejutkan sekutunya dalam pakatan itu.

Sumber : Berita Harian

The post Terkini Erdogan SENYUM Gembira Dengan Tindakan Terkini Rusia. Wow !!! appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close