23 April 2017

DOA HAIRUL AZREEN BUAT RAMAI TERSENTUH & SEBAK



Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini telah berkongsi satu video beserta kapsyen yang menyentuh perasaan melalui akaun Instagram anaknya, Yusuf Iskandar.

Malah ada di antara ribuan komen yang hadir di situ berkongsi perasaan yang sama seperti apa yang diluahkan oleh Hairul.

Wajah Yusuf Iskandar seringkali menjadi penyeri di laman sosial Instagram mahupun di Facebook. Ada yang sangat menyenangi kehadiran cahaya mata pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini dan ada juga yang sebaliknya.

Klik untuk gambar besar




"Dear my son Yusuf Iskandar, Daddy bersyukur dapat kamu sebagai anak kami, kehadiran kamu membawa 1001 sinar buat mommy daddy dan juga kepada semua peminat kami, (sekarang mereka dah jadi peminat kamu).

"Kamu membuat ramai orang di luar sana gembira & bahagia. Ada di antara mereka stress dengan urusan harian tetapi happy selepas tengok telatah kamu. Ada di antara mereka belum kahwin tetapi berniat mendirikan rumah tangga selepas tengok kecomelan kamu.

"Ada juga yang belum ada rezeki mempunyai cahaya mata tetapi mendapat semangat & terus berusaha selepas tengok kecerdikkan kamu. Ya Allah kurniakan la kepada penyokong keluarga kecil saya ini cahaya mata bagi mereka yang belum ada rezeki dan bahagiakan mereka dunia akhirat.



Selain menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang memberi inspirasi buat orang ramai di luar sana, pelakon lelaki ini juga turut berharap agar Yusuf akan menjadi insan yang berakhlak mulia dewasa nanti," tulis Hairul di IG anaknya.

"Video ini daddy edit semasa kamu 10 bulan 19 hari di Japan, 22 April 2017 sehari sebelum besday daddy, 4.40am waktu Japan.

"Jadi anak yang taat pada Allah. Sentiasa berpegang kepada Al-Quran & sunnah. Membantu orang yang lemah & memerlukan.



"Banggakan kami mommy daddy. Jaga bangsa, agama & negara. Jadi lebih power dari Tonny Jaa / Boyka & jangan menyanyi macam daddy. Yang last ni daddy gurau haha.

"Thank you korang semua yang doakan baik-baik untuk hero saya ni. Alhamdulillah. Salam," katanya.

Semoga doa kalian semua dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki.


www.myartis.com / Sumber & foto: Yusuf Iskanadar IG & Hairul Azreen IG




         ________________________





No comments: