17 April 2017

GGV: NETIZEN 'RIMAS' & 'MELUAT' - ACHEY AKUI BISING & BINGIT ITU CARANYA



Program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang sudah memasuki minggu kedua itu mendapat sambutan yang baik daripada penonton sehingga ada yang merasa sayu melihat persembahan peserta yang penuh dengan mesej tersirat dan kerohanian.

Namun begitu, disebalik kemeriahan GGV, ada sesetengah netizen yang kurang menggemari cara pengacaraan yang dibawakan salah seorang hos program tersebut iaitu pelawak Achey.

Untuk makluman anda, selain Achey, turut menjadi pengacara GGV ialah Fikri Lawak Solo dan penyanyi Siti Nordiana.

Klik untuk gambar besar




Rata-rata netizen rasa 'rimas' dan 'meluat' dengan cara pengacaraan Achey. Ini kerana mengikut pemerhatian mereka, ahli kumpulan Bocey itu terlalu bising, bingit dan membuat lawak hambar ketika mengacarakan program tersebut.

Ketika ditanya mengenai hal berkenaan, Achey memberitahu yang dia diminta oleh pihak produksi untuk mengacarakan program realiti keagamaan itu dengan caranya tersendiri.

Achey berkata, apa yang dilakukan di atas pentas pertandingan itu adalah untuk menjadikan program berkenaan lebih menarik dan tidak membosankan.

"Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas.



"Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar," jelasnya.

Tambah Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

"Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak.

"Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut.



Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang," ujarnya yang diminta mengulas tentang kritikan penonton terhadap cara pengacaraannya pada konsert GGV yang berlangsung malam Sabtu.

Sementara itu, ditanya tentang penggunaan ganti nama kau dan aku yang dianggap sebagai kasar ketika berinteraksi dengan peserta, Achey berkata, cara itu dapat mengurangkan rasa tekanan kepada penyanyi yang bertanding.

"Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar,

"Saya tidak rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah," katanya.



Dalam pada itu, kata Achey, dia turut meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada beberapa pengacara berpengalaman seperti Nabil Ahmad dan Johan.

Selain itu, dia juga mengambil inspirasi dengan menonton video ceramah agama dan motivasi daripada ustaz-ustaz yang menyelitkan unsur komedi sebagai panduan.

"Saya ada minta nasihat Nabil dan Johan untuk mengacarakan program ini, mereka kata buat cara saya sendiri dan jangan cuba jadi orang lain.

"Disebabkan program ini keagamaan saya juga banyak menonton video-video ceramah daripada ustaz kegemaran saya iaitu Syamsul Debat," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: