29 April 2017

TERIMA GEMPAK MAN OF MATCH - ABAM BOCEY AKUI CUAK



Semua mengetahui bahawa Abam dari kumpulan Bocey diumumkan sebagai peserta yang merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu ke-11 Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Ketika namanya disebut penerima trofi tersebut, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, akui dirinya itu berasa risau.

Menurut Abam, dia menjadi takut kerana risau jika kumpulan Bocey akan disingkirkan dan tidak layak menjejakkan kaki ke final MLM 2017.

Klik untuk gambar besar




"Saya berasa lega apabila kumpulan Bocey diumumkan sebagai nama kedua yang layak ke peringkat akhir.

"Sejujurnya saya juga risau Bocey akan tersingkir disebabkan saya memenangi trofi GMOTH untuk minggu ini.

"Ini kerana jika dilihat semula, majoriti nama yang diumumkan menerima GMOTH telah tersingkir dan itu membuatkan saya menjadi takut.



"Saya juga menjadi cuak untuk mengambil trofi itu kerana pelbagai kejutan boleh terjadi dalam rancangan ini," katanya ketika ditemui media pada majlis sidang media minggu ke-11 MLM 2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam.

Minggu ke- 11 yang bertemakan 'Duit dan Parodi' menyaksikan tiada penyikiran dan lima perserta diumumkan berjaya ke peringkat akhir MLM 2017.

Antara Shiro, Bocey, Zero, Puteh dan Dzawin, siapa lanun lawak kegemaran anda yang bakal memenangi wang tunai berjumlah RM500,000? Sama-sama nantikan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: