07 April 2017

MASUK HOSPITAL - RIEZMAN KENA JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU



Isteri kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu bahaw suaminya itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Kata Normaziah, suaminya itu disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

"Doktor memberitahu paru-parunya dijangkiti kuman namun keadaannya sekarang stabil cuma tekanan darahnya rendah.

Klik untuk gambar besar




"Sekarang dia masih ditahan di wad kecemasan sementara menanti keputusan ujian yang dilakukan doktor. Saya bawa dia ke hospital tengah hari tadi selepas mengadu tidak sihat," jelasnya.

Dalam pada itu, Normaziah berkata, Riezman mula tidak sihat dan mengalami demam berterusan sejak seminggu lalu.

Katanya, dia diserang penyakit itu mungkin disebabkan jadual dan bebanan kerja yang padat sehingga menyebabkan suaminya itu jatuh sakit.



"Sudah seminggu dia mengalami demam, tetapi sekejap baik dan kembali tidak sihat sehinggalah pagi ini. Bebanan kerjanya yang sangat padat berkemungkinan menyebabkan dia jatuh sakit," ujarnya.

Semalam, ramai rakan artis berkongsi berita Riezman yang dimasukkan ke hospital di laman sosial termasuk Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Riezman menamatkan zaman dudanya selepas memilih Normaziah sebagai isteri yang sah pada 15 Disember tahun lalu. Mereka diraikan pada majlis resepsi di sebuah hotel di Shah Alam pada 24 Disember lalu


Sumber & foto: mStar & Berita Harian



         ________________________





No comments: