"Saya dapat rasakan kemarahan mereka" - Izreen Azminda



Izreen Azminda kini sah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bernama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih mesra disapa Ude.

Sejak berita itu diketahui ramai, pelbagai cemuhan diterima oleh pelakon ini dan ada yang menuduh Izreen Azminda sebagai perampas.

Cemuhan dibuat di laman Instagram milik Izreen dan banyak komen negatif ditulis. Gambar Izreen ketika itu menerima lebih dari seribu komen, satu angka yang amat besar.

Setelah teruk dikecam terutama di laman media sosial Instagram miliknya, pelakon ini akhirnya mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen.

Izreen Azminda tampil menjelaskan bahawa dia tutup ruang komen dia bukan untuk mengelak cemuahn dan kecaman dari orang ramai, tetapi itu cara terbaik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Pelakon berasal dari Kangar, Perlis ini juga dapat merasakan kemarahan orang ramai menerusi komen-komen negatif di laman IG miliknya.

Ini penjelasan dari Izreen Azminda:

"Sebelum saya menutup ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima. Kebanyakannya menghentam saya dan berkata macam-macam seolah-olah apa yang dilakukan adalah satu jenayah berat. Walaupun tidak membaca satu-persatu komen yang ditinggalkan, tetapi saya dapat rasakan kemarahan mereka.

"Untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya mengambil keputusan menutup ruangan komen. Bukan takut atau lari daripada masalah, tetapi saya berasakan serangan yang dibuat tidak membantu pun. Malah, komen mereka itu boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Tidak hanya komen keterlaluan, peminat juga saling bertelagah dan bergaduh dengan hujah masing-masing. Saya tahu ada antara mereka cuba membela dan memberikan kata-kata semangat. Saya sangat berterima kasih. Cuma, saya minta maaf kerana buat masa sekarang biar saya menutup seketika ruangan komen"

Setelah menutup ruang komen di Instagram, para haters tetap memburunya ekoran isu yang melanda.

Haters dilihat beralih kepada rakan baik Izreen Azminda pula iaitu Rita Rudaini.

Izreen Aminda menyatakan rasa kesal terhadap sikap pengguna laman sosial yang menyerang Instagram rakan baiknya, Rita Rudaini.

Ini komen Izreen lagi:

"Saya tahu mereka kalau tidak puas hati akan cari sehingga lubang cacing. Jadi, apabila tidak dapat berbuat sedemikian di Instagram saya, orang lain pula jadi mangsa. Kenapa perlu bertindak sebegitu? Rita tidak bersalah dalam perkara ini. Berhenti ganggu dia dan jadi manusia yang boleh berfikir secara waras.

"Saya juga ingin ingatkan kepada orang luar, kalau boleh jangan jadi batu api. Ini membabitkan perkahwinan, jadi ia adalah hak privasi saya bersama suami dan isteri pertama. Cara mereka bercakap seolah-olah mereka hidup dan berada 24 jam bersama kami.

"Seperti suami saya katakan sebelum ini, beri dia ruang untuk menguruskan sendiri kedua-dua isteri dan keluarga. Campur tangan pihak luar boleh menambahkan lagi kekusutan"

Itulah penjelasan dari Izreen Azminda yang sehingga kini masih lagi menutup ruangan komen di instagrammnya.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close