04 April 2017

SHIMA ANUAR KAHWINI AHLI PERNIAGAAN 8 APRIL INI



Tahniah diucapkan buat pelakon Shima Anuar yang bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Mohd Solih Toha, 41, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada Sabtu ini (8 April 2017).

Bakal menukar status menjadi isteri beberapa hari sahaja lagi, Shima mengakui perasaan ketika ini sangat gementar.

"Sudah tentu saya berasa sangat gementar ketika ini. Alhamdulillah segala persiapan majlis pernikahan dan resepsi sudah siap, malah kad pun sudah diedarkan," ujarnya ketika dihubungi.

Klik untuk gambar besar




Pada masa sama, Shima memberitahu bahawa majlis resepsi turut diadakan pada hari sama sebelah malam yang akan berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

"Majlis pernikahan saya akan diadakan pada sebelah pagi di kediaman keluarga di Rawang. Kemudian majlis resepsi hanya akan diadakan sekali sahaja pada hari yang sama sebelah malam," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kedua-dua majlis tersebut Shima berkata, busana pernikahan dan resepsi akan mengenakan tema warna putih yang merupakan kegemarannya.

"Busana nikah saya nanti warna putih oleh Kashfi Zulkufli dan sanding juga akan mengenakan busana warna yang sama oleh Nurita Harith," ujarnya yang melangsungkan majlis pertunangan dengan Solih pada 17 Disember lalu.








Sumber: Media Hiburan
Foto: Shima Anuar IG



         ________________________





No comments: