Harga minyak di Brunei hanya 30 sen seliter




"Seronok betul minyak 30 sen 1 liter. Penuh tangki baru 18 ringgit," tulis Muaz Abdul Hadi di akaun facebook miliknya, yang turut berkongsi gambar harga minyak yang terpampang pada pam minyak Shell yang dikunjunginya di negara berkenaan.

Jika Muaz mahu membeli jumlah minyak yang sama banyak di Malaysia, beliau perlu membayar sebanyak RM2.30/liter X 60.49liter = RM139.13 (RON95), tapi di Brunei beliau hanya membayar sebanyak BD18.00 (RM56.60).

Dalam kata lain, walaupun Malaysia dan Brunei kedua-duanya adalah negara pengeluar minyak, tapi harga minyak di Malaysia lebih dua kali ganda mahal berbanding di Brunei.

Itu baru perbandingan harga minyak secara terus belum lagi kita bandingkan dengan kadar pendapatan purata penduduk Brunei dan Malaysia lagi.

Selalu kita dengar menteri-menteri BN (Barang Naik) kata harga minyak Malaysia jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran. Tapi menteri-menteri ini hanya membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara yang tidak memiliki hasil petroleum seperti Singapura, Filipina dan Thailand.

Menteri-menteri ini tak berani bandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Brunei yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kenapa?

Lu fikirlah sendiri...

Post a Comment

0 Comments