fbpx

Sekitar Kembara Siti Nurhaliza, Suami Ke Palestin

Sememangnya teringin menjejakkan kaki di bumi Palestin, baru baru ini akhirnya Siti Nurhaliza berjaya menjejakkan kaki di sana selain turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta keluarga mentua.

BACA: Sekitar Majlis Sambutan Birthday Datuk Siti Nurhaliza

“Insya-Allah, malam ini kami akan sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqsa dan solat Jumaat di sana,” jelasnya kepada BH Online. Tambah Siti lagi, dia memang telah lama berniat untuk menziarahi lokasi bersejarah, Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Sementara itu, peminat Siti Nurhaliza dalam masa yang sama menyatakan rasa teruja dan bersyukur kerana selebriti kesayangan mereka selamat sampai di sana. Malah di antara mereka yang mendoakan perjalan penyanyi tersebut berjalan lancar.

Mudah mudahan segala urusan penyanyi ini berjalan lancar. Kami kongsikan beberapa keping gambar Siti Nurhaliza dan juga suami sepanjang berada di sana. Enjoice! (rtky/s)