Loading...
Esensasi

VIRAL Keputusan SPM DITUNDA Kerana Mesin ROSAK. Ini Jawapan Kementerian Pendidikan !!!

VIRAL Keputusan SPM DITUNDA Kerana Mesin ROSAK. Ini Jawapan Kementerian Pendidikan !!! | PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengesahkan khabar angin keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditunda dan keputusan akan dikeluarkan pada 16 Mac ini, sebagaimana tular di media sosial.

Memetik daripada portal mstar, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof dalam satu kenyataan berkata, kementerian memaklumkan ia sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan SPM pada semua peringkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kementerian juga melaksanakan penjaminan berkualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon,” katanya pada petang Selasa.

Dilaporkan, kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditandatangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP dalam keadaan uzur dan rosak, sekali gus menuntut untuk diganti. Sumber:- Mstar

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post VIRAL Keputusan SPM DITUNDA Kerana Mesin ROSAK. Ini Jawapan Kementerian Pendidikan !!! appeared first on EKSIDENZ.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.