20 January 2017

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA FAHRIN AHMAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Fahrin Ahmad menerusi laman Instagram memaklumkan bahawa bapa mentuanya, Haji Eleas Hashim telah kembali ke rahmatullah kelmarin. Namun, punca kematian tidak dinyatakan.

Dalam keadaan sedih, Fahrin di Instagram miliknya, turut meluahkan rasa isi hati mengenai arwah yang sempat menghabiskan masa bersama cucunda, Khalifa Fahrel.

"Al Fatihah.. Ayahnda mertuaku.. Haji Eleas Bin Hashim, doaku bersamamu dan semoga roh mu dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang beriman..

Klik untuk gambar besar




"Alhamdulillah.. walau Khalifa Fahrel baru berusia 3 1/2 bulan.. namun banyak saat manis dikongsi bersama Tok Wan.. kerana bagi Tok Wan, cucunya inilah penghibur, dan pengubat keuzuran..

"Gambar dirakam 2 hari yang lepas dan itulah detik terakhir Tok Wan bersama Khalifa Fahrel & tersenyum gembira.. Ayah.... Fahrin & puterimu Elena Eleas & Khalifa Fahrel akan sentiasa mendoakanmu dan menyayangimu.. semoga Ayah tenang di sana.. Amin.........," luah Fahrin.

Takziah kami ucapkan buat Fahrin dan isteri, Elena Hani Eleas. Semoga roh bapa memtua Fahrin bersemadi dengan aman dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.


Sumber & foto: Fahrin Ahmad IG



         ________________________





No comments: