fbpx

Scha al-Yahya Rindu Untuk Hamil Lagi

Sejak melahirkan anak sulungnya, Lara Alana dua tahun lalu, Scha al-Yahya akui rindu untuk hamil lagi selepas melihat pembesaran anaknya yang kini mencecah usia dua tahun. Malah kerana rindukan saat proses kehamilannya dulu, Scha bersedia untuk tambah anak lagi.

BACA: Scha Al Yahya: Cukuplah Lara Sihat Dan Cukup Sifat

“Sejujurnya, saya rindu untuk mengandung lagi. Saya rindu untuk menempuhi proses kehamilan. Walaupun saya menempuhi dugaan mencabar pada trimester pertama ketika mengandungkan Lara dahulu, saya berjaya menempuhinya dengan bantuan suami, Awal Ashaari”

“Saya bersedia untuk kembali hamil dan menempuhi proses sama sekali lagi. Selepas melihat sendiri Lara membesar depan mata dan menghampiri usia tiga tahun pada Julai ini, saya sendiri rasakan masih tidak puas untuk melihat proses pembesaran Lara,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Scha menjelaskan, beliau dah suami ada merancang untuk menambah ahli keluarga mereka namun masih tidak pasti masa yang sesuai. Bak kata orang lebih ramai anak lebih meriah rumah. Semoga rezeki Scha dan Awal untuk menambah cahaya mata termakbul. (rkty/w)